Blackberry berhenti hasilkan telefon pintar sendiri

Share Button

Blackberry telah menikmati zaman kegemilanganya sendiri. Tetapi seperti Nokia, ia juga mengalami zaman kemerosotan. Terbaru, Blackberry mengumumkan akan berhenti menghasilkan telefon pintar sendiri, dan beralih kepada pihak ketiga.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh CEO BlackBerry, John Chen. Tegas beliau, Blackberry akan menamatkan operasi penghasilan perkakas dalam syarikat, untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan pelabur.

pelancaran blackberry classic di newyork - john chen

Bagaimanapun, ini bukan bermakna tiada lagi telefon pintar berjenama BlackBerry. Sebaliknya, mereka akan bekerjasama dengan pihak ketiga untuk terus menghasilkannya, seperti TCL dari China.

Langkah ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Blackberry sendiri sejak 2015, telah berhenti menggunakan sistem operasinya, BBOS10 dalam telefon pintar keluarannya dan beralih menggunakan Android.

Malah, Chen sendiri tahun lepas telah menyatakan, beliau memberi masa selama setahun untuk bahagian perkakas BlackBerry jika tiada keuntungan dicatatkan.

Sebelum pengumuman ini dibuat, Blackberry telah pun mengambil langkah awal dengan menjenamakan semula telefon pintar Alcatel Idol 4 keluaran TCL, sebagai telefon pintar BlackBerry DTEK50.

Blackberry DTEK50 dilancar - COVER

Pengumuman ini bukan bermaksud BlackBerry sudah tiada, sebaliknya mereka akan menumpukan usaha kepada bahagian perisian dan servis, yang berterusan mencatat kenaikan keuntungan untuk syarikat.

Mungkinkah tiada lagi papan kekunci fizikal di telefon pintar berjenama BlackBerry selepas ini?

[SUMBER]

Trackbacks

  1. […] mengukuhkan lagi kenyataan mereka sebelum ini untuk tidak lagi menghasilkan peranti, dengan satu perjanjian baharu bersama TCL […]

Apa komen anda?