Asus ZenFone 3 Max Mula Masuk Malaysia

Share Button

Awal bulan Ogos yang lalu, Asus telah mengadakan acara Zenvolution di KLCC. Pada acara tersebut, mereka telah mempamerkan lima model telefon daripada keluarga Zenfone 3. Daripada 2 model yang sudah dijual, mereka menambah 1 lagi model kedalam senarai iaitu ZenFone 3 Max.

160913-zenvolution-2016-klcc-product-showcase

Sekarang, tiga daripada mereka sudah pun mula dijual di Malaysia dan baki dua lagi dijangka mula diedarkan pertengahan Oktober ini. Tiga model yang sudah boleh ditemui dalam pasaran kita adalah ZenFone 3, ZenFone 3 Ultra dan Zenfone 3 Max.

ZenFone 3 Max bukan hanya sekadar telefon. Bateri 4,100 mAh yang ada padanya membolehkan ia menjadi penyelamat pada yang lain dengan bertindak sebagai pek kuasa. Tambahan pula, ZenFone 3 Max adalah ZenFone 3 paling murah dalam keluarganya.

160913-zenfone-3-max-depan-belakang

ZenFone 3 Max

Zenfone 3 adalah telefon pertama di dunia yang memanfaatkan kehebatan cip pemproses yang dibangunkan menerusi acuan finFET 14nm milik Samsung. Hasilnya, Zenfone 3 50 peratus lebih pantas tetapi masih mengekalkan kecekapan tenaga yang sama berbanding cip yang setara dengannya.

160913-zenfone-3-depan-belakang

ZenFone 3

ZenFone 3 Ultra pula memiliki paparan gergasi 6.8 inci yang cantik. Teknologi Tru2Life+ yang ada pada paparan HD 1080pnya menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Ia juga hadir dengan bateri sebesar 4,600 mAh untuk memberikan masa penggunaan yang lama.

160913-zenfone-3-ultra-depan-belakang

ZenFone 3 Ultra

Dua lagi ahli ZenFone 3 yang masih belum tiba di sini adalah Laser dan Deluxe. Harga jualan kelima-lima model adalah seperti berikut:

  • ZenFone 3 (5.5″, ZE552KL) –  RM 1,699
  • ZenFone 3 (5.2″, ZE520KL) –  RM 1,499
  • ZenFone 3 Ultra (ZU680KL) – RM 2,599
  • ZenFone 3 Max (ZC520TL) – RM 799
  • ZenFone 3 Laser (ZC551KL) – RM 999
  • ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL) (Snapdragon 821) – RM 3,299
  • ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL) (Snapdragon 821) – RM 2,599

Kunjungi laman produk ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh terus membeli sebarang produk ASUS di kedai dalam talian mereka.

 

Trackbacks

  1. […] mereka di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu melalui acara Zenvolution. Selepas Zenfone 3 Max mula dijual September lepas, giliran Zenfone 3 Deluxe membuka tempahannya hari ini. Tempahan akan dibuka pada […]

Apa komen anda?