500,000 Peranti Android Dalam Bahaya Bahana Pokémon Go

Share Button

Penyelidik dari Kaspersky Lab mengenal pasti satu aplikasi di Google Play yang bernama “Guide for Pokémon Go mampu menguasai sesebuah peranti Android secara total. Ia boleh memasang atau menyahpasang apa-apa aplikasi tanpa kebenaran penggunanya.

160915-pokemon-go-trojan-screenshot

Aplikasi yang dijangkiti Trojan

Setakat ini, sudah 500,000 kali aplikasi itu dimuat turun serta 6,000 peranti dipercayai berjaya dijangkiti malware tersebut. Satu laporan tentang aplikasi itu sudahpun dibuat kepada pihak Google.

Malware dalam kategori Trojan itu mampu mengelakkan diri daripada dikesan. Misalnya, apabila berjaya masuk ke sesebuah peranti Android, ia tidak akan terus aktif, sebaliknya ia akan kekal dorman sehingga suatu masa tertentu.

Selain aplikasi berkenaan, Kaspersky Lab juga mengesan sehingga sembilan aplikasi lain yang mengandungi Trojan yang sama iaitu HEUR:Trojan.AndroidOS.Ztorg.ad.

Bagi membenteras masalah ini, pihak Kaspersky Lab mengingatkan pengguna supaya hanya memuat turun aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun yang dipercayai.

[sumber]

Apa komen anda?