11street buka tempahan BlackBerry DTEK50 di Malaysia

Share Button

Akhirnya Malaysia boleh mula mendapatkan telefon pintar paling selamat di dunia pada harga lebih mampu milik. Telefon pintar BlackBerry DTEK50, telah mula kelihatan dan boleh mula ditempah sekarang.

Sekali lagi laman e-dagang 11street, menjadi tempat tempahan telefon pintar terbaru BlackBerry ini. DTEK50 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,339. Tempahan kini dibuka di 11street, dan akan mula dihantar pada 30 September 2016.

tempah-blackberry-dtek50-di-11street

BlackBerry DTEK50 di Malaysia diedarkan oleh Brightstar Sdn Bhd. Manakala tempahan di laman 11street pula, diuruskan oleh Egadget Solution.

Seperti BlackBerry PRIV, telefon DTEK50 dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan Blackberry yang diyakini ramai. Selain perisian keselamatan DTEK, ia turut dilengkapi perisian produktiviti BlackBerry seperti Hub, Calendar, Contacts, Tasks, Notes dan Password Keeper.

Kuasa DTEK50 digerakkan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 617 8-teras, serta 3GB RAM. Storannya sedikit kecil, hanya 16GB tetapi sedia menerima sehingga 2TB storan mikroSD. DTEK50 turut dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP.

Blackberry DTEK50 dilancar - COVER

Skrin DTEK50 berukuran 5.2-inci, dengan resolusi tajam HD Penuh. Baterinya berkapasiti 2,610mAh, dilengkapi pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Ia mampu mengecas 50% penuh dalam masa 51 minit. DTEK50 menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan lengkap dengan teknologi terkini seperti 4G LTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.2 dan juga NFC.

Bagaimana, berminat tak dengan telefon pintar paling selamat di dunia ni yang kini lebih mampu miliki? Segeralah buat tempahan menerusi laman 11street di sini. Untuk maklumat lanjut, semak laman produk BlackBerry DTEK50.

Apa komen anda?