Xiaomi kekal harga rendah Redmi Note 4 di China

Share Button

Pada hujung tahun lepas, Xiaomi memperkenalkan peranti kelas rendah berupa premium, Redmi Note 3. Hari ini, Xiaomi memperkenalkan versi terbaharu Redmi Note 4. Sudah pasti, ia menerima pelbagai peningkatan perkakas sambil mengekalkan harga rendah.

Redmi Note 4 yang baru ini kelihatan sangat serupa seperti Redmi Note 3. Ia diselaputi badan besi penuh, dengan pengimbas capjari terletak di belakang. Skrinnya masih berukuran 5.5-inci, bersama resolusi HD Penuh dan dibekalkan kaca lengkung 2.5D.

Redmi Note 4 web - belakang telefon tricolor

Di dalam, Redmi Note 4 diperkasa CPU terbaik MediaTek, iaitu Helio X20 10-teras dengan kelajuan mencecah 2.1GHz. Terdapat dua versi diperkenal, 2GB RAM bersama 16GB storan serta 3GB RAM dan 64GB storan.

Bateri di Redmi Note 4 juga agak besar, berkapasiti 4,100mAh tetapi disertakan pengecas biasa 5V/2A sahaja. Ia menyokong dua kad sim dalam slot hibrid, yang berkongsi slot kedua bersama kad mikroSD.

Redmi Note 4 web - emas belakang telefon

Kamera belakang Redmi Note 4 dilengkapi sensor 16MP f/2.0, bergandingan dengan autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan juga dwi-tona LED Flash. Kamera selfie pula menggunakan sensor 5MP f/2.0 dengan mod beauty bukan sahaja di gambar, malah di video.

Xiaomi dikhabarkan telah menaik taraf pengimbas capjari di Redmi Note 4, menjadi lebih pantas dan responsif. Telefon ini dibekalkan dengan sistem operasi terbaru Xiaomi, iaitu MIUI 8.

Redmi Note 4 dilancar di China - harga di China

Telefon pintar Redmi Note 4 akan mula dijual di China pada 26 Ogos 2016, dengan pilihan tiga warna iaitu Perak, Emas dan Kelabu. Ia dijual pada harga RMB899 (~RM545) untuk versi 2GB/16GB dan RMB1199 (~RM726) bagi versi 3GB/64GB.

Besar harapannya agar Xiaomi dapat membekalkan stok mencukupi, apabila Redmi Note 4 tiba di Malaysia kelak.

[SUMBER]

Apa komen anda?