Uber dan GrabCar diisytihar halal

Share Button

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan, untuk membolehkan servis Uber dan GrabCar beroperasi secara sah di Malaysia. Apa yang diperlukan, hanyalah mendapatkan kad pemandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai‎ menyatakan, ia adalah satu usaha untuk menyeragamkan perkhidmatan Uber dan GrabCar bersama teksi sedia ada, untuk beroperasi dalam lingkungan yang sama.

Peraturan untuk teksi juga akan dipermudahkan, seperti pemilikan permit teksi individu. Lesen kenderaan awam (PSV) juga mungkin tidak lagi diperlukan.

Langkah menjadikan servis Uber dan GrabCar sah di Malaysia adalah supaya ia boleh dicukai. Cukai ini tidak dikenakan kepada pemandu, sebaliknya dikenakan terus kepada syarikat yang telah mengenakan caj 25% kepada pemandu.

Undang-undang baru ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada bulan November akan datang. Laporan penuh tentang undang-undang baru ini akan dibentangkan SPAD kepada umum tidak lama lagi.‎

160727-nasib grab dan uber banner

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?