U Mobile tambah Facebook video, Twitter dan Netflix dalam Video-Onz

Share Button

Hari ini, U Mobile mengumumkan tambahan 3 lagi platform strim video di dalam Video-Onz, menjadikan jumlah keselurahan platform video yang disokong Video-Onz menjadi 21! Malah, 3 platform baru ini adalah nama besar dalam dunia internet iaitu Netflix, Facebook dan juga Twitter.

U Mobile merupakan rangkaian pertama di Malaysia memperkenalkan kuota data khas strim video. Melalui Video-Onz, pengguna U Mobile tidak perlu risau kehabisan data internet, kerana U Mobile menyediakan data tambahan khas untuk menonton video mudahalih di mana jua.

U Mobile Video Onz tambah Netflix Facebook Twitter

Netflix merupakan rangkaian TV Internet terkemuka di dunia. Ia memiliki pelbagai rancangan TV dan filem menarik seperti Stranger Things, Narcos, Marvel’s Daredevil; Making a Murderer, House of Cards dan banyak lagi. Pelanggan baru Netflix, boleh mencuba servis Netflix secara percuma selama 30 hari.

Manakala Facebook pula kini memaparkan lebih banyak kandungan video, terima kasih kepada pelancaran Facebook Live yang membolehkan semua orang membuat siaran langsung video. Banyak juga kandungan video dikongsi setiap hari di Facebook. Dengan kemasukannya ke dalam U Mobile Video-Onz, tidak perlu lagi risau kehabisan data.

18 platform video baru di U Mobile Video-Onz

Twitter yang juga baru membuka platform mereka untuk berkongsi video, semakin mendapat tempat untuk kandungan video. Kehadirannya ke dalam Video-Onz pasti sangat dialu-alukan semua pengguna talian U Mobile.

Jika anda tidak tahu, U Mobile memberikan kuota data Video-Onz tanpa had kepada pengguna pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan MB 128. Bagi pelan internet lain, mereka akan mendapat kuota Video-Onz yang sama banyak dengan kuota internet bulanan. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb U Mobile Video-Onz.

Apa komen anda?