Tonton semua saluran Astro percuma sepanjang bulan Ogos

Share Button

Putra Brand Awards merupakan satu anugerah khas untuk jenama di Malaysia. Ia adalah anugerah yang diberikan berdasarkan populariti di kalangan rakyat Malaysia.

Penyedia saluran tv satelit Malaysia, Astro sekali lagi berjaya dipilih sebagai jenama popular di Putra Brand Awards. Buat kali ketujuh berturut-turut, Astro berjaya memenangi hati rakyat Malaysia dalam kategori ‘Media & Rangkaian’.

Astro 7 tahun menang Putra Brand Awards

Sebagai menghargai kepercayaan peminat yang membolehkanya merangkul anugerah emas, Astro mengumumkan akses percuma ke lebih 150 salurannya kepada semua pelanggannya. Bukan itu saja, semua saluran ini turut boleh di akses menerusi Astro on the Go.

Tontonan percuma di semua saluran Astro ini bermula dari 13 Ogos, sehinga 31 Ogos 2016. Saksikan semua siaran terutama lintas langsung Olimpik Rio 2016, serta Liga Perdana Inggeris yang baru bermula minggu ini.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Astro dan iktui mereka di Facebook dan twitter @astroonline.

[SUMBER]

Apa komen anda?