Test Produk – Samsung Galaxy A9 Pro, mega bateri, mega skrin, mega memori

Intro

Share Button

KELEBIHAN

+ Skrin besar
+ Bateri mega dan pengecas pantas
+ 3 slot kad sim + mikroSD

KEKURANGAN

– Berat
– Tiada rakaman video 4K
– Tak boleh aktifkan AR di Pokemon Go

Pengenalan

Samsung memperkenalkan siri-A di dalam barisan telefon pintar Galaxy, sebagai peranti kelas pertengahan. Tetapi ia masih menampilkan rekaan yang sebaris dengan kelas premium.

Selepas melancarkan Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 awal tahun ini, Samsung memperkenalkan pula abang besar, Galaxy A9 Pro. Apa yang menarik, ia bukan sahaja besar pada skrin, tetapi datang dengan kapasiti storan dan bateri yang besar.

Peranti bersaiz 5.5-inci, semakin menjadi dominan dalam pasaran telefon pintar masakini. Kerana itu, telah mula kedengaran permintaan untuk skrin yang lebih besar. Mungkin kerana itu, Samsung memperkenalkan skrin 6-inci di telefon pintar melalui Galaxy A9 Pro.

Harganya yang menghampiri peranti kelas utama, iaitu RM1,999 mungkin sedikit sukar untuk dimiliki ramai. Tetapi kami percaya ia masih satu peranti yang berbaloi untuk dibeli.

Mahu tahu kenapa? Kami akan kongsikan di dalam pandu uji Galaxy A9 Pro ini.

Test Produk Galaxy A9 Pro - depan belakang atas jalan batu

 

[MUKA 2: Rekabentuk, Prestasi dan Kamera]

Apa komen anda?