Test Produk – OnePlus 3 Dengan Pengecas Terpantas Dunia

Intro

Share Button

PENGENALAN

Spesifikasi badang, harga kerdil. OnePlus telah menempatkan nama mereka dalam peta pengeluar telefon pintar selepas pelancaran OnePlus One. Kemudian, dengan mendukung jolokan “pembunuh flagship”, mereka melancarkan pula OnePlus 2.

Tahun ini, telefon ketiga mereka, OnePlus 3 (OP3) hadir dengan lebih gagah. Selaku pengguna OP2 sejak tahun lepas, kali ini saya berpeluang menggunakan OP3 selama lebih seminggu, bagaimana prestasi OP3 berbanding OP2? Telusuri pengalman saya bersama OP3.

REKAAN

Setiap iterasi telefon OnePlus tidak pernah gagal membawakan penambahbaikkan, termasuklah dalam OP3. OnePlus One, walaupun harganya murah, badannya hampir keseuruhannya dibina daripada plastik manakala OnePlus 2 sedikit baik dengan pengenalan besi sebagai kerangka utamanya sungguhpun masih mengekalkan penutup belakang plastik dengan tekstur batu.

160823-op3 depan

160823-op3 belakang

Tetapi, pada OP3 keseluruhan badan luarannya diperkukuh dengan bahan binaan besi dan pada ketebalan hanya 7.4mm, ia 3 peratus lebih nipis daripada OP2.

Walau bagaimanapun, belakang besi bermaksud kurangnya cengkaman yang boleh diberikan pada tapak tangan. Memagang telefon ini menyeriaukan saya kerana terasa ia ingin menggelungsur jatuh dari tapak tangan. Perkara pertama yang anda perlukan apabila beroleh peranti ini adalah mencari casing yang sesuai.

Paparan AMOLED menjadi pilihan OnePlus pada perantinya pada kali ini dan masih mengekalkan saiz 5.5 inci pada resolusi 1080p. Walaupun telah berhijrah daripada panel IPS LCD, bagi pengguna kebanyakkan ia tidaklah memberi perubahan yang besar kecuali pada penghasilan warna yang lebih pekat.

160823-op3 op2 display comparison

Paparan AMOLED pada OP3 (kiri) paparkan warna yang lebih sejuk tetapi pekat berbanding LCD pada OP2 (kanan)

Pada bahagian mukanya, kamera hadapan telah dipindahkan kebahagian kiri bersama-sama pemancar LED. Butang kawalan suara juga dialihkan ke bahagian kiri untuk menyertai butang kekunci. Ia sangat dialu-alukan kerana pada OP2, melakukan screetshot mengugnakan sebelah tangan amat payah kerana kedua-dua butang berada pada sisi yang sama. Maka, perubahan ini memudahkan saya mengambil gambar screenshot.

160823-op3 bawah

Pada bahagian sisi bawah, anda akan mendapati speaker grill pada sebelah kiri disebelah port USB Type-C dan port audio 3.5mm yang dialihan dari sebelah sisi atas. Di belakangnya pula, anda akan menemui kamera bersama-sama flash LED serta lubang mikrofon. Butang kuasa dan pemegang kad SIM boleh ditemui pada sisi sebelah kanan telefon ini.

160823-op3 kamera protrude

Modul kamera yang terpacul keluar beri risiko calar pada kaca pelindung lensa

Badan yang lebih nipis telah memberi masalah pada OP3 kerana modul kameranya terpacul keluar daripada badannya. Daripada segi kosmetik, ia mungkin tidak cantik. Apa salahnya jika OnePlus mengekalkan ketebalan seperti OP2 bagi menghilangkan lengkuk kamera itu dan pada masa yang sama mengisi kekosongan tersebut dengan bateri yang lebih besar?

PRESTASI

Lancar. Itulah sajalah yang boleh dikatakan saya sepanjang penggunaan OP3. Menerima jolokan pembunuh “flagship“, komponen yang dipateri pada pappan induk OP3 tidak boleh diperlekehkan. Seperti flagship tahun ini yang lain, ia digerakkan cip pemproses Snapdragon 820. Pemproses empat teras ini terdiri daripada dua teras berprestasi tinggi dan dua lagi berkemampuan lebih rendah.

160823-op3 cpuz

Petikan maklumat CPU-Z OP3

Yang membuatkan saya kagum helaian spesifikasi OP3 adalah pada jumlah RAM yang dimilikinya. 6GB RAM yang dimiliki OP3 adalah yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia. Ia sudah cukup memberikan keupayaan melancarkan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa. Untuk rujukan, laptop yang digunakan untuk menulis review ini hanya ada 4GB RAM.

Menggunakan program penanda aras Antutu ver. 6, OP3 menduduki tangga ke-2 diatas vivo Xplay5 dan dibawah satu lagi OnePlus 3. Geekbench 3 juga memberikan hasil yang menarik. Hasil ujian menunjukkan OP3 sekali ganda lebih pantas daripada OP2 dalam kedua-dua kategori ujian, ekateras dan juga multiteras.

160823-op3 antutu

Hasil ujian Antutu Benchmark

160823-op3 geekbench

Hasil ujian Geekbench 3

OP3 menjalankan OxygenOS (OOS) versi 3.2.4 yang menyaluti kerangka Android 6.0.1. Ia dibina amat teliti . Jika anda berhijrah daripada peranti Nexus yang terkenal dengan pengalaman stock-nya, menyesuaikan diri dengan OOS tidaklah sukar.

Antara yang kami gemari tentang OOS adalah ia memberikan lebih kelonggaran kepada penggunannya untuk mengubah beberapa aspek pada antara mukanya. Contohnya, pada tetapan “Customization” anda boleh mengaktifkan “Dark mode”. Ia akan mengubah keseluruhan sistem menjadi warna yang lebih gelap. Bukan sahaja ia akan menjimatkan bateri, malah kuasa pemproses juga dapat disalurkan ke tempat yang lebih memerlukan.

160823-op3 dark light mode

Pengguna boleh mengubah warna latar kepada hitam pada OOS

Fungsi “Gesture” pula memudahkan pengguna melancarkan aplikasi tertentu secara terus walaupun semasa telefon masih berkunci. Contohnya, hanya dengan melukis bentuk “O” pada paparan, anda boleh melancarkan aplikasi kamera. Maka, tidak perlu lagi terlepas detik-detik penting dalam hidup.

Seperti OP2, masih tiada tanda-tanda slot mikro-SD pada peranti ini. Sungguhpun begitu, hanya ada satu varian OP3 ditawarkan, yang mempunyai storan dalam seluas 64GB. Dalam situasi hari ini, ruang penyimpanan seluas itu masih mencukupi kerana sebahagian kandungan multimedia yang kita layan masih berada dalam awan.

Sepanjang penggunaan, OP3 tidak mengalami isu kepanasan melampau, walaupun semasa bermain atau menonton video. Suhu yang direkodkan kebanyakannya berada dalam julat 25 hingga 40 darjah Celsius manakala suhu tertinggi pula tidak melebihi 45 Celcium. Mungkin badan besinya membantu mengalirkan haba ke persekitaran dengan lebih efisien.

160823-op3 suhu peranti

[MUKA 2: Kamera, Hayat Bateri, dan Kesimpulan]

Trackbacks

  1. […] Dash Charge yang mengalirkan 20 watt tenaga. Nak tahu sepantas mana? Anda boleh rujuk test produk OnePlus 3 […]

  2. […] flagship 2016 yang menggunakan Snapdragon 820 teleh menjengah julat harga RM2,000 hingga RM3,000, OnePlus 3 masih utuh di […]

  3. […] Kali ini, OnePlus hadir dengan model OnePlus 3T (OP3T) yang merupakan edisi tambah baik daripada OnePlus 3 […]

  4. […] Kita sedia maklum, OnePlus 3 menggunakan pemproses Snapdragon 820 dengan kelajuan 2.15GHz. Bermakna, OnePlus 3T ni akan menggunakan pemproses Snapdargon 821 dengan kelajuan lebih pantas, 2.35Ghz. Pastinya lebih hebat. Boleh juga rujuk laporan kami tentang OnePlus 3 di Test Produk OnePlus 3. […]

Apa komen anda?