OnePlus 3 lewat tiba di Malaysia kerana Taufan Nida

Share Button

Penjualan OnePlus 3 secara rasmi di Malaysia, sepatutnya bermula pada semalam, 8 Ogos 2016. Tetapi nampaknya terdapat gangguan, yang menyebabkan ia lewat tiba. Perkara ini diumumkan menerusi Facebook Brighstar Malaysia, yang merupakan pengedarnya di Malaysia. Kelewatan ini berlaku kerana gangguan Taufan Nida.

Kemaskini terbaru di Facebook Brighstar Malaysia itu menjelaskan, OnePlus 3 dijangkan akan mula dijual di Malaysia pada 11 Ogos 2016. Tarikh ini termasuk mereka yang membuat tempahan awal menerusi Lazada Malaysa. Berkemungkinan, ia akan tiba di rumah pembeli sedikit lewat, bergantung kepada lokasi.

Jika anda salah seorang yang menanti untuk membeli OnePlus 3 di kedai, jangan lupa untuk memeriksanya bermula Khamis ini, 11 Ogos 2016. Senarai kedai penjual, boleh dirujuk di sini.

OnePlus 3 dijual di Malaysia pada harga RM1,888. Ia adalah telefon pintar pertama dilengkapi 6GB RAM, yang dijual di Malaysia. Selain itu, ia diperkasa CPU Snapdragon 820 8-teras, bersama storan dalaman 64GB.

Antara pembaharuan yang ada pada OnePlus 3 adalah badan besi sepenuhnya, kamera belakang 16MP dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS), kamera depan 8MP serta bateri 3,000mAh yang dilengkapi pengecas pantas Dash Charge, menerusi sambungan USB-C.

[SUMBER]

Apa komen anda?