Jualan Telefon Pintar Naik 4.3% Tetapi Apple Catat Penurunan

Share Button

Pada suku kedua 2016, jualan telefon pintar global mencecah 344 juta unit, satu peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding tahun yang lalu. Itulah yang dilaporkan oleh Gartner Inc.

Permintaan terhadap telefon premium dilihat perlahan pada suku tersebut kerana mereka lebih gemar menunggu perkakasan baru dilancarkan. Selain itu, kategori “feature phones” juga mengucup sebanyak 14 peratus.

Daripada lima pengeluar telefon yang mengungguli carta, tiga daripada mereka adalah syarikat dari China. Samsung dan Apple pula masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua.

160816-brand pie chart.jpg

Samsung mendahului Apple sebanyak 10% dalam pegangan pasaran, hasil daripada kepopularan peranti Galaxy A dan Galaxy J. Apple pula terus menunjukkan pola menurun apabila mencatatkan pengecutan sebanyak 7.7 peratus dalam suku kedua 2016.

Dalam pasaran terbesar Apple, Amerika Utara, jualan Apple dilihat menurun termasuklah di Eropah Barat. Lebih teruk, jualan mereka di China dan Asia/Pasifik menurun teruk iaitu 26%. Tetapi, mereka bernasib baik kerana dalam rantau Eurasia, Afkrik Sub-Sahara, dan Eropah Timur, mereka mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 95%.

Oppo boleh berbangga kerana mencatatkan pertumbuhan paling mendadak berbanding empat lagi jenama paling atas iaitu 129%. Hal itu mungkin disebabkan oleh penjualan R9 yang kukuh di China dan luar negara.

160816-os report 2q

Daripada segi sistem operasi pula, Android mengungguli pegangan pasaran dalam suku kedua 2016. Pada 86.2%, ia jauh meninggalkan iOS yang hanya memiliki 12.9% pegangan. Windows dan Blackberry mencatatkan pegangan pasaran bawah 1%.

Kejayaan Android menerajui pasaran sistem operasi mungkin disebabkan oleh pengenalan peranti kelas tinggi oleh pengeluar seperti Galaxy S7 serta kejayaan jenama-jenama China yang memungkin pemilikan peranti premium pada harga yang rendah.

[sumber]

Apa komen anda?