[IFA2016] Laptop ternipis dunia kini milik Acer SWIFT

Share Button

Acer mendahului syarikat lain dalam memperkenalkan produk baru mereka di pameran IFA 2016 di Berlin, Jerman dalam satu majlis pelancaran di dewan Messe Berlin. Satu produk baru yang sangat menarik perhatian dalam majlis pelancaran ini adalah siri laptop Acer Swift, laptop ternipis di dunia.

SWIFT 7

nextatacer IFA2016 - SWIFT 7 buka atas meja

Tarikan utama pastinya adalah Acer Swift 7, laptop yang dilengkapi CPU terbaru Intel Kaby Lake, iaitu Core-i generasi ke-7. Tebalnya hanyalah 9.98mm, dikatakan yang pertama di dunia di bawah 1cm. Ini adalah lebih nipis dari laptop HP Spectre 13 yang tiba di Malaysia Jun lepas.

Laptop ini memiliki skrin 13.3-inci HD Penuh, menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass 4. Ia adalah laptop yang sangat senyap, kerana tiada kipas penyejuk di dalam. Beratnya pula hanya 1.1kg, tidaklah yang paling ringan tetapi kurang beban di bahu.

nextatacer IFA2016 - SWIFT 7 sangat nipis

Badan Swift 7 dibentuk dari aluminium unibodi, dengan gandingan warna hitam dan emas memberikan rasa premium dan elegan. Baterinya dijangka boleh bertahan sehingga 9 jam lamanya, sesuai untuk mereka yang sering bergerak.

Prestasi Swift 7 dipacu oleh CPU Intel Core i5 generasi ke-7, pilihan sehingga 8GB RAM dan storan SSD 256GB yang sangat pantas. Ia memiliki dua port USB 3.1 jenis-C, yang boleh digunakan penghantaran data, paparan luar serta mengecas bateri laptop.

SWIFT 5

Jika mahu paparan lebih besar, Swift 5 memberikan skrin berukuran 14-inci di dalam bingkai 13-inci. Ini bermakna ia adalah laptop yang masih kecil, memiliki berat 1.36kg denagn ketebalan 14.58mm.

Prestasi masih menjadi keutamaan di dalam Swift 5 kerana ia juga menggunakan CPU terbaru, Intel Core-i generasi ke-7. RAM pula boleh dimuatkan sehingga 8GB dengan storan SSD sehingga 512GB.

Kehebatan Swift 5 paling menyerlah dalam ruangan bateri, kerana ia boleh digunakan secara berterusan sehingga 13 jam. Selain ini, ia memiliki papankekunci berlampu, port USB-C yang pantas dan pilihan untuk skrin sentuh serta pengimbas capjari.

SWIFT 3

Acer tidak melupakan mereka dengan bajet yang lebih rendah, dengan turut memperkenalkan laptop Swift 3. Mengekalkan rupa premium dengan badan besi aluminium, ia masih mudah dibawa kerana beratnya hanya 1.5kg dengan ketebalan 17.95mm.

nextatacer IFA2016 - SWIFT 3 buka atas meja

Swift 3 datang dengan skrin 14-inci yang boleh dipilih antara resolusi HD dan HD Penuh, serta CPU Intel Core-i generasi ke-6 atu ke-7. Storan dalaman disediakan sehingga 512GB dalam bentuk SSD, dengan sokonga RAM sehingga 8GB.

Jangka hayat bateri Swift 3 juga agak panjang, mencecah sehingga 12 jam. Ia disertakan bersama port USB-C, pilihan papankekunci berlampu dan pengimbas capjari.

nextatacer IFA2016 - SWIFT 3 tutup atas meja

SWIFT 1

Sesuai untuk kegunaan pelajar yang mahu laptop ringan dan bajet rendah, Swift 1 menampilkan berat laptop hanya 1.6kg pada ketebalan 17.9mm. Penutupnya menampilkan kemasan seperti besi aluminium, mengurangkan risiko calar dan bekas capjari.

Dengan skrin 14-inci HD, ia boleh dikuasakan sehingga 12 jam lamanya. Tenaga dalamannya dijana oleh CPU Intel atau Celeron, 4GB RAM dan pilihsan storan eMMC 32GB, 64GB atau 128GB.

HARGA & TARIKH JUALAN

Laptop Acer Swift 7 dan Swift 3 akan mula dijual di Amerika Syarikat pada bulan Oktober, dengan harga masing-masing bermula dari USD999 (~RM4,063) dan USD499 (~RM2,029). Manakala di China ia akan dijual bermula Oktober dengan harga dari RMB6,999 (~RM4,262) bagi SWIFT 7 dan RMB4,999 (~RM3,044) bagi SWIFT 3.

Manakala Acer Swift 5 dan Swift 1 tiba sedikit lewat di Amerika, pada bulan November dengan harga jualan dari USD749 (~RM3,046) dan USD249 (~RM1,012). Dapatkan lebih banyak maklumat dan informasi tentang laptop Acer SWIFT yang baru ini, di lamanweb acer.com/nextatacer

Apa komen anda?