[IFA2016] Laptop Acer Spin boleh putar 360 darjah

Share Button

Di samping laptop ternipis di dunia, Acer turut tampil dengan satu lagi keluarga baru untuk laptop keluarannya. Dengan kebolehan berputar 360-darjah, siri Spin menyediakan lebih pilihan kepada pengguna.

Dengan skrin boleh diputar, menjadikan Spin sebuah laptop yang boleh berubah kepada tablet. Melalui fungsi Continuum di Windows 10 pula, Spin boleh digunakan dalam mod tablet atau laptop dalam sekelip mata.

nextatacer IFA2016 - Spin 7 putar 360

Tarikan utama sekali lagi tertumpu kepada Spin 7, laptop boleh putar 360-darjah yang sangat nipis. Tebal Spin 7 hanyalah 10.98mm, dan berat 1.2kg sahaja. Dengan badan aluminium unibodi, menjadikannya laptop pelbagai guna, fleksibel dan mudah dibawa bersama.

Acer berjaya memuatkan skrin 14-inci, ke dalam badan laptop 13-inci di Spin 7. Skrin sentuh ini beresolusi HD penuh, menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass. Baterinya mampu menjana kuasa Spin 7 sehingga 8 jam.

nextatacer IFA2016 - Spin 7 diputar

Prestasi Spin 7 di kalangan terbaik. Ia dibekalkan CPU Intel Core i7 generasi ke-7, mampu menampung sehingga 8GB RAM, dan storan pantas SSD 256GB. Penghantaran data juga pantas dilakukan memnerusi port USB 3.1 jenis-C, yang turut digunakan untuk mengecas bateri.

nextatacer IFA2016 - Putar Spin 5Laptop Acer Spin 5

Jika tebal bukan masalah besar, Spin 5 menyajikan skrin 13.3-inci HD Penuh dalam badan setebal 19.7-mm. Ia disediakan dengan pilihan CPU Intel Core i5 atau i3 generasi ke-6, dan menyokong sehingga 16GB RAM serta storan SSD sehingga 512GB.

nextatacer IFA2016 - Putar Spin 3Laptop Acer Spin 3

Untuk yang memerlukan skrin besar boleh putar 360-darjah, pasti boleh memasukkan Spin 3 ke dalam senarai beli. Ia memiliki skrin 15.6-inci HD Penuh, dengan pelbagai pilihan CPU Intel, sehingga 12GB RAM DDR4 dan sokongan dwi storan. Storan SSD sehingga 256GB dan cakera keras sehingga 1TB boleh dimuatkan sekaligus dalam masa yang sama.

nextatacer IFA2016 - Putar Spin 1Laptop Acer Spin 1

Bagi memenuhi keperluan pelajar dan pengguna dengan bajet rendah, Acer melahirkan Spin 1 yang boleh bertugas sehingga 9 jam lamanya dengan satu pengecasan penuh. Ia memiliki dua saiz skrin, 13 inci atau 11.6 inci HD Penuh. Kuasanya pula dijana oleh CPU Intel Pentium atau Celeron, bersama RAM DDR3L sehingga 8GB. Storan pula boleh dipilih antara eMMC sehingga 64GB, atau cakera keras sehingga 1TB.

Acer akan mula menjual laptop Spin 7 di Eropah pada bulan Oktober akan datang dengan harga bermula EUR1,299 (~RM5,927). Spin 5 dan Spin 3 pula akan mula dijual pada September dengan harga bermula dari EUR599 (~RM2,733). Spin 1 pula bersedia bertemu pembeli pada bulan November akan datang, berharga dari EUR299 (~RM1,364).

Comments

Apa komen anda?