[IFA2016] Acer tambah mata Tobii ke dalam monitor Predator

Share Button

Selain laptop, Acer turut mengumumkan monitor Predator yang kini dilengkapi teknologi pengesan mata Tobii. Tiga model diperkenalkan iaitu monitor lengkung Predator Z271T, monitor rata Predator XB251HQT dan monitor rata Predator XB271HUT.

nextatacer IFA2016 - monitor Predator dengan Tobii

Monitor Z271T memiliki skrin lengkung berukuran 27-inci, bersama resolusi HD Penuh dan kadar segar semula 144Hz.

Manakala skrin XB251HQT berukuran 24.5-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar segar semula 240Hz.

Monitor XB271HUT pula menampilkan resolusi super tajam WQHD 2560×1440, pada skrin rata berukuran 27-inci dengan kadar segar semula 165Hz.

Monitor Z271T akan mula dijual di Eropah pada bukan Oktober pada harga EUR799 (~RM3,628). Manakala monitor XB271HUT pula akan dijual di Eropah pada bulan Disember dengan harga EUR899 (~RM4,082).

Monitor Acer Predator Z271T nextatacer IFA2016 - monitor Z271T

Monitor Acer Predator XB251HQTnextatacer IFA2016 - monitor XB251HQT

Monitor Acer Predator XB271HUTnextatacer IFA2016 - monitor XB271HUT

Apa komen anda?