honor 8 akan tiba ke Malaysia bulan depan

Share Button

Selepas dilancarkan di Amerika Syarikat., Paris, dan Sweden, kini giliran Malaysia pula menerima peranti Honor 8 secara rasmi. Pihak Honor Malaysia telah mula menyebarkan jemputan untuk menghadiri acara pelancaran flagship terbaru mereka yang akan berlangsung pada 6 September 2016 ini.

160826-honor 8 depan

Antara perbezaan yang boleh diperhatikan pada Honor 8 berbanding Huawei P9 adalah seperti:

  • Cip pemproses Honor 8 adalah Kirin 950 manakala Huawei P9 menggunakan Kirin 955.
  • Kamera Honor 8 tiada cap jenama Leica tetapi spesifikasi teknikal optiknya sama.
  • Varian 32GB Honor 8 memiliki RAM sehingga 4GB berbanding P9 yang hanya memiliki 3GB RAM.
  • Penuras cahaya biru hadir pada Honor 8.
  • Pengimbas cap jari Honor 8 juga berfungsi sebagai butang.
  • Pemancar IR disertakan pada Honor 8.

Seperti biasa, jika Huawei melancarkan flagship terbaru, kita pasti boleh menjangkakan peranti dengan spesifikasi hampir sama akan dilancarkan Honor. Memandangkan Honor adlaah subsidiari Huawei, ia tidaklah mengejutkan.

160826-honor 8 belakang

Walau bagaimanapun, Huawei dan Honor memiliki sasaran pengguna yang berbeza. Sedang Huawei lebih memfokuskan pada inovasi dan pembangunan teknologi baru dalam duna telekomunikasi, Honor pula lebih menumpukan pada peranti yang lebih mampu milik dengan menyerapkan teknologi daripada Huawei.

Brooklyn Beckam, anak pakar sepakan percuma England, David Beckam, kali ini dilihat menjadi duta untuk Honor 8.

 

160826-honor 8 short spesifikasi

Apa komen anda?