Digi Mendana 3 Aplikasi Untuk Kebaikan Sosial

Share Button

Program Digi Challenge for Change (DigiCFC) adalah satu program anjuran Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi). Ia merealisasikan idea-idea daripada orang ramai yang kekurangan kemahiran mahupun kewangan. Pada kali edisi ke-7 ini, Digi telah mengumumkan pemenangnya di acara DigiCFC #IdeaJam yang berlangsung di Kuala Lumpur. Tiga pemenang yang dipilih itu membawa pulang wang tunai RM5,000.

Semua tiga pemenang, idea mereka akan dibawa ke fasa seterusnya. Pada fasa tersebut, sekumpulan pembangun aplikasi akan dihimpunkan untuk menggerakkan idea-idea tersebut. Pada tahun ini, fokus DigiCFC7 diarahkan pada pembangunan aplikasi yang memberi manfaat kepada tiga kumpulan iaitu kanak-kanak, belia, dan wanita.

Photo 2

Tiga idea yang telah terpilih adalah:

  • Good People Today (Mazlan Alam Malik) adalah aplikasi crowd-funding yang mengumpulkan dana dari orang awam bagi yang tidak mampu menanggung kos perubatan yang tinggi.
  • EDDY (Mohd Zuhairi Zulkiflee) adalah aplikasi pembelajaran+permainan yang membantu golongan yang mengalami kesukaran bertutur atau mendengar mempelajari bahasa isyarat.
  • FoodNinja Innovation (Yong Wei Shian) adalah aplikasi yang cuba untuk mengurangkan pembazirkan makanan dengan menyalurkannya kepada pihak yang memerlukan.

Pada DigiCFC7 #IdeaJam tahun ini, lebih 250 idea daripada warga Malaysia telah menyertai program ini. Sebanyak 30 gagasan telah disenaraipendekkan sebelum disaring semula menjadi hanya tiga. Program ini mendapat sokongan daripada entiti-entiti besar seperti Google Malaysia, Microsoft Malaysia, Facebook, MDEC, MaGIC dan UNICEF.

Semasa DigiCFC edisi ke-6, projek “Dialogue in the Dark” (DiD) berjaya memperolehi geran sebanyak RM250,000 untuk membangunkan idea perniagaan sosial untuk golongan kurang daya penglihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Digi Challenge for Change.

Apa komen anda?