Astro Arena siar perlawanan Lee Chong Wei secara langsung dan percuma

Share Button

Malam ini, wira badminton negara, Dato’ uk Lee Chong Wei akan bertemu seteru utamanya, Lin Dan dari China. Ia adalah pusingan separuh akhir untuk perseorangan lelaki, Sukan Olimpik Rio 2016.

Marilah kita semua rakyat Malaysia, bersama-sama memberikan sokongan kepada Lee Chong Wei dengan menonton dan bersorak semasa pertandingan ini diadakan. Ada banyak cara untuk menontonnya secara langsung, dan salah satu darinya adalah menerusi Astro Arena.

Astro Arena akan menyediakan saluran Youtube, yang menyiarkan secara langsung perlawanan badminton perseorangan lelaki ini. Ia boleh ditonton di sini, dan akan mula bersiaran jam 7 malam ini, waktu Malaysia. Astro Arena akan memberi ulasan dalam Bahasa Malaysia. Selain di Youtube, rakyat Malaysia boleh juga menonton saluran Astro Arena menerusi aplikasi mudahalih Astro on the Go.

TM juga turut menyediakan saluran percuma untuk menonton semua acara Sukan Olimpik Rio 2016, menerusi HyppTV Everywhere. Hanya daftar akaun secara percuma, dan ia boleh ditonton terus percuma sepenuhnya. Lebih baik lagi, pengguna U Mobile tidak akan dikenakan caj data jika menonton melalui aplikasi mudahalih HyppTV Everywhere.

Bersama-samalah kita bersorak dan memberi semangat kepada wira badminton negara kita, Dato’ Lee Chong Wei untuk mara ke pusingan akhir. Jumpa jam 7.30 malam ini di Youtube Astro Arena.

Apa komen anda?