8GB data strim percuma dengan prabayar Digi LIVE dan BEST

Share Button

Digi hari ini memperkenalkan bukan satu, tetapi dua pelan prabayar baru. Ia menjanjikan lebih pengalaman internet kepada pengguna, dengan memberikan lebih kandungan strim digital. Sehingga 8GB data sebulan untuk strim video dan muzik percuma, disediakan melalui pelan prabayar baru Digi ini.

Rangkaian 4G LTE Digi kini menawarkan internet berkelajuan sekurang-kurangnya 10Mbps dalam 80% sambungan sepanjang masa. Bagi peranti yang menyokong LTE-Advanced (LTE-A), mereka boleh menikmati kelajuan sekurang-kurangnya 20Mbps dalam 80% sambungan. Ini janji Digi. Rangkaian 4G LTE Digi kini meliputi 76% kawasan berpopulasi di Malaysia, manakala LTE-A mencecah 34%.

digi lancar prabayar live dan best baru

Digi Prepaid LIVE

Dengan harga pek permulaan RM12, pengguna prabayar Digi Prepaid LIVE boleh mendapatkan 8GB data strim percuma setiap bulan. Kuota data ini dipecahkan mengikut minggu, dengan 1GB diberikan untuk strim video serta 1GB lagi untuk strim muzik. Seperkara lagi, kuota strim percuma ini hanya boleh digunakan pada rangkaian 4G sahaja.

Platform strim video yang boleh digunakan bersama Digi Prepaid LIVE ini adalah YouTube, iflix, Astro-On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan HyppTV Everywhere. Manakala platform strim muzik pula ditawarkan menerusi Digi Music Freedom antaranya meliputi Spotify, JOOX, Deezer, Tidal dan Raku.

Jika mahukan lebih data, pengguna boleh melanggan pelan internet dari serendah RM10 seminggu, atau RM28 sebulan. Data yang diberikan dipecahkan lagi mengikut data biasa, strim video dan strim muzik. Bezanya, kesemua data ini boleh digunakan di rangkaian 3G dan 4G.

digi lancar prabayar baru - jadual pelan internet LIVE

Selain ini, prabayar Digi Prepaid LIVE juga memberikan panggilan dan SMS tanpa had kepada 3 Buddyz, serta 100GB storan awan menerusi aplikasi Capture. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Digi Prepaid LIVE.

Digi Prepaid BEST

Pek permulaannya hanya RM8, dan ia merupakan tawaran terbaru Digi bagi yang mahu lebih penjimatan. Kunci tawaran Digi Prepaid Best ini adalah internet percuma harian 200MB, kepada pengguna yang membuat panggilan IDD sekurang-kurangnya RM1, samada ke Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Pakistan, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam atau China.

Prabayar Digi Prepaid BEST memberikan internet asas (kelajuan dihad) percuma serta permesejan sosial tanpa had. Sehingga 20 kenalan ‘Kawan BEST’ boleh dihubungi dari caj serendah 12sen seminit, dan SMS 6sen. Mahukan lebih data, langgan sahaja pelan internet bermula dari RM1 sehari, atau RM5 seminggu atau RM10 sebulan. Lebih banyak pelan internet seperti di jadual di bawah.

digi lancar prabayar baru - jadual pelan internet BEST

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Digi Prepaid BEST.

Comments

  1. adam

    Sama sja dgn plan sbelum nya mula² ya lah janji dah byk nombar tukar dari maxis ke celcom and then 3 thn lepas tukar ke digi pula mula byk klebihan skg haram smua tu xda yg kekal

Trackbacks

  1. […] Digi LiVE adalah tawaran terbaru dari Digi. Dilancarkan awal bulan lepas, ia memberikan pengguna data percuma sehingga 8GB setiap bulan untuk kegunaan […]

Apa komen anda?