Uber membawa aiskrim terus ke mukapintu pengguna di seluruh dunia

Share Button

Uber kembali membawa aiskrim kepada orang ramai, melalui acara tahunan #UberIceCream. Tahun ini, ia merangkumi 400 bandar di seluruh dunia, termasuk lima bandar utama di Malaysia.

Uber IceCream di Malaysia akan membawakan aiskrim dari jenama terkemuka seperti Inside Scoop, Sang Kaya atau Taluwang, terus ke muka pintu. Tetapi, ia hanya berlaku untuk hari ini sahaja, sempena hari aiskrim Uber.

Uber IceCream Malaysia 2016 - aiskrim dan kadKami dah dapat aiksrim Inside Scoop dari Uber  🙂 

Setiap penghantaran aiskrim dicaj RM15, dengan penghantaran aiskrim berbeza mengikut lokasi.

Kuala Lumpur (Inside Scoop) – RM15
1 cawan perisa Onde Onde
1 cawan perisa Coklat Gelap dengan white truffle

 

Johor Bahru (Inside Scoop) – RM15
1 cawan perisa Onde Onde
1 cawan perisa Coklat Valrhona dengan white truffle

 

Penang (Sang Kaya) – RM15
1 cawan perisa kelapa asli
1 cawan perisa chokoko

 

Ipoh (Sang Kaya) – RM1
1 cawan perisa kelapa asli
1 cawan perisa chokoko

 

Kota Kinabalu (Taluwang) – RM1
5 batang aiskrim potong

Promosi aiskrim Uber ini bermula dari jam 11 pagi ini, sehingga stok kehabisan. Cara menempahnya sangat mudah, sama seperti tempahan Uber biasa. Lancarkan aplikasi Uber, dan pilih kenderaan ‘Ice Cream’. Jangan terlepas untuk turut sama dalam kemeriahan Uber IceCream.

Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh didapati di lamanweb Uber Malaysia.

Trackbacks

  1. […] 40,000 dolar. Selain itu, pada Julai lalu, Uber juga ada mengadakan satu perkhidmatan yang hampir serupa. UberIceCream menyediakan perkhidmatan penghantaran ais krim terus ke lokasi […]

Apa komen anda?