Syarikat Tempatan Umum Phablet Bajet Chat 6 Berharga RM359

Share Button

Syarikat telefon pintar tempatan, EXMobile, mengumumkan phablet terbaharu mereka, EXMobile Chat 6. Pada harga RM359, tidak banyak yang boleh dirungutkan pada perkakasannya.

Pada bahagian paparannya, sekeping panel LCD IPS bersaiz 6 inci dengan resolusi HD 720p diberikan. Kamera hadapan terletak pada bahagian atas paparan dengan sensor sebesar 2 megapiksel. Bahagian belakangnya pula diletakkan kamera utama berkuasa 5 megapiksel beserta flash LED berkembar.

160712_exmobile chat 6

Pada papan induk, ia dikuasakan cip pemproses kuadteras berkelajuan 1.3 Ghz dengan RAM sebesar 1 GB. Storan dalaman yang diberikan adalah 16 GB beserta 1 slot mikro-SD yang mampu menampung kad sebesar 64 GB. Baterinya pula berkapasiti 2,800 mAh yang memberikan masa berbual sehingga 4.5 jam.

Telefon ini hanya mendukung rangkaian 3G. Yang menariknya, telefon ini mempunyai dua slot kad SIM. Fungsi-fungsi sambungan lain turut disediakan seperti Bluetooth 4.0 dan Wifi 802.11 b/g/n. Ia hadir dalam warna merah jambu, hitam, dan perak.

EXMobile Chat 6 boleh dibeli di kedai-kedai bertauliah di seluruh Malaysia atau dibeli secara dalam talian melalui Lazada dan Dfaro. Anda juga akan menerima plastik pelindung skrin dan casing secara percuma.

Lazada juga menyediakan diskaun sebanyak RM20 jika anda membelinya melalui aplikasi mudah alih Lazada. Gunakan kod RIANG25 sebelum membuat bayaran.

160712_exmobile chat 6 spesifikasi

Layari laman rasmi produk itu untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?