The International 6 tawar hadiah paling banyak dalam sejarah eSukan

Share Button

Resorts World Genting baru sahaja mengumumkan akan menjadi hos untuk pertandingan DOTA 2, ESL One Genting 2017. Tetapi satu lagi pertandingan DOTA 2 terbesar akan berlangsung tidak lama lagi. The International 6 (Ti6) akan berlangsung bermula 3 Ogos 2016 dan sekali lagi, Astro akan menyiarkan secara langsung, menerusi saluran eGG Network (Saluran 808) dan juga Astro on the Go.

The International boleh dikatakan salah satu jenis sukan paling lumayan sekarang. Tahun ini, Ti6 berjaya mengumpulkan hadiah paling besar dalam sejarah eSukan, iaitu sebanyak USD18.5 juta (~RM74.49 juta). Ti6 akan mengumpulkan 16 pasukan DOTA 2 terbaik, yang pastinya berentap membawa pulang hadiah yang sangat lumayan ini.

Pertandingan DOTA 2 The International bersama peminat

Ti6 akan berlangsung dari 3-14 Ogos 2016. 16 pasukan akan mula berentap dalam pusingan kumpulan, sebelum 8 pasukan terbaik akan meneruskannya ke pusingan kalah mati. Pusingan akhir akan diadakan pada 14 Ogos 2016.

eGG Networks selaku saluran khas sukan elektronik di Astro, akan menyiarkan sepenuhnya semua perlawanan Ti6. Malah, peminat turut boleh menonton pusingan akhir Ti6 di layar besar, menerusi tiga lokasi iaitu TGV 1Utama di Selangor, TGV Tebrau Mall di Johor Bahru dan TGV First Avenue di Pulau Pinang. Tayangan ini akan diserikan dengan kehadiran hos eGG Network seperti Danelie Purdue, Faraz Shababi, Abdul Mu’adz dan Faisal Ariffin.

Hos Astro eGG Network - Danelie Faraz Muadz dan FaisalHos Astro eGG Network – (dari kiri) Danelie, Faraz, Mua’dz dan Faisal

Selain menonton pertandingan, peminat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah berupa cenderahati eGG Network dan juga peralatan permainan video. Tiket untuk menyertai tontonan pusingan akhir Ti6 di TGV, akan mula dijual pada 3 Ogos 2016, dan boleh dibeli dalam talian di www.tgv.com.my atau terus di kaunter TGV yang menyertai.

Jangan terlepas untuk menyaksikan pertarungan DOTA 2 terhebat tahun ini, The International 6 menerusi eGG Network di saluran 808 Astro, ataupun secara percuma di Astro on the Go. Sila layari lamanweb www.egg.network untuk maklumat lanjut.

peminat bergambar bersama Astro eGG Network

Apa komen anda?