HTC Desire 830, Satu lagi Boombox Poket Dengan Harga Menarik

Share Button

HTC hari ini memperkenalkan ahli terbaharu dalam siri Desire mereka, Desire 830. Ciri-ciri telefon ini hampir sama dengan HTC Desire 628 yang telah kami beritakan pada bulan yang lalu.

Kekuatan telefon ini antaranya terletak pada kehadiran speaker stereo dengan teknologi BoomSound yang hadir pada bahagian atas dan bawah hadapan telefon ini. Ia adalah satu penambahbaikkan berbanding Desire 820.

160713-htc desire 830 dolby audio

Paparannya menggunakan sekeping panel LCD beresolusi HD penuh dengan saiz 5.5 inci. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang digerakkan oleh cip pemproses MediaTek Helio X10 berkelajuan 1.5 GHz dengan bantuan RAM sebesar 3 GB.

Storan dalaman yang diberikan adalah sebesar 32GB dan satu slot mikro-SD disediakan untuk memudahkan pengguna meluaskan storan. Ia boleh menampung kad sehingga 2TB.

160713-htc desire 830 model shot

Bahagian pengimejan pula menerima sensor sebesar 13 megapiksel pada bahagian belakang dengan fungsi penstabil imej optikal (OIS). Kamera selfie pula berkuasa 4 megapiksel dengan teknologi UltraPixel.

Kesemua perkakasan tersebut digerakkan oleh bateri berkapasiti 2800 mAh dengan fungsi pengecasan pantas. Ia dikatakan memberikan waktu berbual sehingga 14.5 jam.

160713-htc desire 830 spesifikasi

Telefon dengan dua slot sim ini hadir dalam warna hitam, biru, dan emas. Mereka boleh dibeli pada harga RM1,099 di kedai-kedai HTC yang bertauliah.

Apa komen anda?