Genting lokasi pertama pertandingan ESL One 2017

Share Button

Sekian lama dinanti peminat di Malaysia, akhirnya ESL mengumumkan akan mengadakan pertandingan eSukan pertamanya di Malaysia. Pengumuman ini dibuat bersama rakan kerjasama mereka di Malaysia, Resorts World Genting yang turut akan menjadikan pusat hiburan mereka di Genting Highlands sebagai lokasi pertandingan.

Pertandingan Sukan Elektronik ESL ini bukan sahaja kali pertama diadakan di Malaysia, malah menjadi pertandingan eSukan pertama diadakan di Resorts World Genting. Pertandingan yang diadakan dengan kerjasama ESL dan Resorts World Genting ini akan dikenali sebagai ESL One Genting. Ia akan diuruskan oleh Mineski Events Team (MET), yang telah berjaya menguruskan pelbagai siri pertandingan eSukan di Asia Tenggara sebelum ini.

Pelancaran ESL One Genting - ucaptama oleh ESL - Ulrich SchulzeUcapan pelancaran oleh Naib Presiden ESL, Ulrich Schulze

Arena of Star di Resorts World Genting akan menjadi lokasi kepada ESL One Genting, bermula dari 6 Januari sehingga 8 Januari 2017. Permainan Dota 2 telah dipilih untuk dipertandingkan, dan hadiah terkumpul yang disediakan berjumlah USD250,000 (~RM1,013,837).

Lapan pasukan akan bertanding di ESL One Genting, meliputi pasukan jemputan, pasukan antarabangsa yang layak serta pasukan eksklusif dari Malaysia. Senarai pasukan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pelancaran ESL One Genting - perasmian bersama cosplayerPerasmian ESL One Genting bersama Cosplayer

Bagi yang berminat untuk menonton pertandingan ini secara langsung, boleh menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Resorts World Genting. Lebih mudah lagi, daftar minat untuk mendapatkan tiket masuk pertandingan ini menerusi lamanweb rasmi ESL One Genting.

Pertandingan ESL One merupakan salah satu pertandingan sukan elektronik yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Sebelum ini, mereka telah mengadakan pertandingan di beberapa lokasi seperti ESL One Frankfurt, ESL One Cologne, ESL One New York, dan terbaru ESL One Manila pada bulan April lepas.

Trackbacks

  1. […] nama ESL One. Salah satu pertandingan Dota 2 terbesar ini, akan memulakan jelajah 2017 dengan lokasi pertamanya di Genting Highland. Hari ini, harga dan tarikh jualan tiket telah […]

  2. […] World Genting baru sahaja mengumumkan akan menjadi hos untuk pertandingan DOTA 2, ESL One Genting 2017. Tetapi satu lagi pertandingan […]

Apa komen anda?