Dengar Muzik Dan Jawab Panggilan Secara Wayarles Dengan Jabra Halo Smart

Share Button

Jabra Halo Smart adalah fon kepala Bluetooth yang direka untuk pengguna yang inginkan kualiti menjawab panggilan yang baik dan pada masa yang sama mendengar muzik.

160701-jabra halo smart 01

Sesuai untuk individu yang sentiasa bergerak ke sana-sini mengejar tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur, set fon kepala ini hadir dengan mikrofon yang mampu menyaring bunyi angin. Makanya, penyambut panggilan di sebelah sana akan mendengar suara pihak sebelah lagi dengan jelas dan nyata.

Pengguna tidak perlu gusar akan kehabisan kuasa semasa menggunakan Jabra Halo Smart. Ia dimaklumkan boleh memberikan sehingga 17 jam masa penggunaan atau 15 jam masa mendengar muzik. Kuasa yang berterusan ini hadir daripada bateri sebesar 230mAh yang terselit rapi pada bahagian tengah fon kepala. Sistem akan memaklumkan kepada pengguna dalam bentuk suara jika set kepala hampir kehabisan tenaganya.160701-jabra halo smart color

Apabila menerima panggilan, mekanisme getaran yang ada berhampiran bateri akan bergetar untuk menandakan panggilan masuk supaya pengguna tidak perlu sentiasa memakai fon. Badannya direka dengan halus sekali untuk memberi keselesaan pada si pemakai dengan kehadiran zon lentur padanya. Beratnya hanya 38g, pemakai mungkin terlupa mereka memakainya.

Jabra Halo Smart hadir dalam tiga warna iaitu Merah, Biru, dan Hitam. Ia boleh dibeli di ALL IT Hypermarket Sdn. Bhd. Harvey Norman, Machines, Viewnet Computer Systems, dan Switch. Harga yang dicadangkan adalah RM399 termasuk GST. Lawati laman rasmi produk itu untuk maklumat lanjut.

Trackbacks

  1. […] Jika memiliki bajet lebih, anda boleh mencari set kepala stereo yang lebih sesuai untuk mendengar muzik seperti Jabra Halo Smart. […]

Apa komen anda?