Astro naikkan harga langganan Pek Sukan

Share Button

Astro selaku penyedia tv satelit utama di Malaysia, mengumumkan kenaikan harga untuk saluran sukan mereka. Astro dilihat menerima pelbagai saingan terutama dari iflix, tetapi masih kekal teguh dari segi kandungan sukan, terutama siaran langsung.

Bermula 1 Ogos 2016, Pek Sukan Astro akan menerima tambahan langganan RM8.48. Sebagai balasan, Astro akan memberikan bonus 60 hari percuma untuk previu On-Demand Plus (OD Plus), serta 60 hari previu untuk saluran Astro Cricket (Saluran 383) dan Setanta Sports (Saluran 839).

Kos hak siaran Liga Perdana Inggeris meningkat 153%

Menurut Astro, kenaikan ini terpaksa dilakukan kerana kos hak siaran sukan yang kian meningkat. Selain itu, Astro juga memperkenalkan dua saluran sukan baru percuma untuk semua pelanggan Pek Sukan, iaitu eGG Network (Saluran 808) yang memaparkan berita terkini tentang sukan elektronik, serta BeIn (Saluran 837) yang mempamerkan berita komprehensif tentang liga bolasepak di Eropah.

Rata-rata, ramai yang meluahkan kekecewaan dengan langkah Astro menaikkan kadar langganan Pek Sukan ini. Di laman media sosial, hashtag seperti #siasatAstro & #boikot Astro mula membanjiri dinding-dinding pengguna.

Bagaimana dengan anda? Adakah akan terus kekal bersama Astro, kerana tiada pilihan lain untuk menonton kandungan sukan secara langsung? Anda sendiri yang dapat menentukan.

Siaran Sukan terbaik di Astro

Comments

  1. Obi 1 Kenobi

    Dah lama boikot.. tgk highlight jer der kat footyroom…

    Kalau tgk live blh dpt duit ke, yg tu berbaloi…

Apa komen anda?