Akhirnya, HTC 10 Tiba Di Malaysia

Share Button

Setelah peranti demi peranti dilancarkan oleh HTC di sini, akhirnya tibalah giliran HTC 10. Memandangkan ia adalah flagship terkini pihak HTC sudah tentulah ia sarat dengan parkakasan yang terbaik masa ini. Ia masih mengekalkan rekaan besi sepenuhnya yang premium.

Seperti biasa, ia digerakkan oleh cip pemproses Qualcomm terkini, Snapdragon 820. Ia dibantu oleh GPU Adreno 530 dan RAM sebesar 4 GB bagi memastikan operasi telefon berjalan lancar. Storan dalaman yang disediakan adalah 32 GB dan jika masih tidak mencukupi, satu slot mikro-SD disediakan yang boleh menampung kad sebesar 2 TB.

Untuk ditambah kepada senarai wow, HTC 10 hadir dengan paparan 2K HD Super LCD sebesar 5.2 inci. HTC 10 hadir dalam warna hitam, kelabu, dan emas.

160714-htc 10 belakang

Bahagian pengimejan peranti ini juga hebat. Buat kali pertama dalam sejarah telefon pintar, kedua-dua kamera hadapan dan belakang peranti ini memiliki penstabil imej optikal. Tambahan pula, kedua-dua kamera mempunyai apertur seluas F1.8 yang mampu membenarkan lebih banyak cahaya sampai ke sensor imej.

HTC juga mendakwa kamera HTC 10 boleh dilancarkan sepantas 0.6 saat dan titik fokus dapat dicari sekelip mata dengan bantuan cahaya laser. Jika itu tidak cukup untuk menambat minat anda pada kamera HTC 10, mod professional disediakan untuk mengasah kekreatifan penggunanya. Melalui mod itu, gambar akan ditangkap dalam format RAW demi memberikan ruang suntingan yang lebih luas.

160714-htc 10 kamera

Kekuatan kamera HTC 10 terbukti apabila pihak berautoriti dalam bidang pengimejan, DxOMark memberikan markah 88 daripada 100 dalam penilaian kamera mereka. Ia adalah merkah paling tinggi yang pernah dicapai oleh sebuah telefon pintar dalam pengimejan.

Bahagian bunyi juga tidak kurang hebatnya.  Buat penggemar kandungan audio, peranti ini boleh menambah baik bunyi 16-bit kepada 24-bit. Malah, dengan kehadiran pengubah isyarat digital kepada analog menghasilkan bunyi 10 kali lebih baik berbanding biasa. Walau bagaimanapun, tidak seperti speaker BoomSound yang lain, speaker pada HTC 10 sedikit luar biasa. Satu berada pada bahagian atas menghadap kedepan dan satu lagi pada bahagian bawahnya.

160714-htc 10 sisi

Hasil kerjasama dengan 11street di Malaysia, HTC telah melancarkan kempen 3 bulan, bermula bulan ini, bagi mempromosikan HTC 10 dalam kalangan warga Malaysia. Sejak dilancarkan, 11street telah membuka pratempahan HTC 10 pada harga RM2,799.

160714-htc 10 spesifikasi

 

Trackbacks

  1. […] lama lagi, HTC akan melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan untuk menemani HTC 10. HTC Desire 10 mungkin akan hadir dalam dua varian iaitu “Pro” dan […]

Apa komen anda?