ZTE Blade V7 Lite – telefon pintar premium yang mampu dimiliki semua

Share Button

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh telefon pintar premium paling mampumilik, ZTE blade V7 Lite]

Telefon pintar berbadan besi sering dikaitkan dengan telefon kelas utama dan premium. Manakala telefon kelas permulaan hanya menggunakan plastik sebagai material luaran. Tetapi dengan kemunculan telefon pintar ZTE Blade V7 Lite, rupa premium besi kini boleh dimiliki dengan harga lebih mampumilik.

ZTE Blade V7 Lite direka di Munich, Jerman. Dengan teknologi terkini, badannya diperbuat dari aloi aluminium, menjadi senipis 7.9mm dan seringan 135 gram sahaja. Skrin hadapannya berukuran 5-inci, menggunakan paparan IPS bersama kaca lengkung 2.5D. Ini menjadikannya sangat selesa digenggam.

ZTE Blade V7 lite - 03 direka di Munich Jerman

Menambah rasa premium di Blade V7 Lite adalah dengan wujudnya pengimbas capjari di belakang. Ia boleh mengesan sehingga 5 capjari berbeza, yang boleh digunakan untuk pelancaran pantas 5 aplikasi berlainan. Paling utama, ia memberi perlindungan biometrik setaraf peranti premium, dengan imbasan sepantas 0.3 saat.

Kuasa dalaman Blade V7 Lite diperkasa CPU MediaTek MTK6735P 4-teras berkelajuan 1.0GHz. Ia digandingkan dengan 2GB RAM beserta 16GB storan dalaman, yang sedia diluaskan melalui kad mikroSD. Tenaganya pula dijana menerusi bateri berkapasiti 2,500mAh, yang mampu menghidupkan peranti sepanjang hari.

ZTE Blade V7 lite - 06 pengimbas capjari

Di bahagian kamera, ZTE memastikan Blade V7 Lite mampu melakukan tangkapan sehebat peranti kelas utama. Ia dilengkapi sensor 13MP autofokus bersama LED Flash di belakang. Dengan mod Pro, ia memberi kawalan manual kepada pengguna seperti pendedahan, fokus, ISO, meter dan keseimbangan keputihan.

Di depan pula, ia menggunakan sensor 8MP sudut-lebar yang turut disertakan LED Flash. Pasti selfie lebih mudah dan bergaya dengan Blade V7 Lite.

ZTE Blade V7 lite - 01 kamera pro

Dua slot kad sim tersedia digunakan, tetapi slot kad sim kedua berkongsi tempat dengan kad mikroSD. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong rangkaian 4G LTE, jadi tidak perlu bersusah payah menukar kad sim untuk bersambung ke rangkaian mudahalih 4G.

ZTE turut melengkapkan Blade V7 Lite dengan sistem operasi terbaru, Android 6.0 Marshmallow. Agak sukar untuk melihat telefon pintar dalam julat harganya, datang dengan sistem operasi terbaru ini.

Dengan badan besi sepenuhnya, pengimbas capjari pantas dan kamera selfie beserta LED Flash, harga Blade V7 Lite tidaklah semahal mana. Hanya RM699 termasuk GST, dengan pilihan warna antara Emas dan Perak.

Tetapi untuk waktu terhad, Blade V7 Lite kini dijual pada harga promosi RM499 sahaja. Ia boleh dibeli dalam talian di Lazada Malaysia, ataupun menerusi pengedar ZTE di seluruh Malaysia. Rujuk senarai semua pengedar ZTE, di sini.

ZTE Blade V7 lite - 04 badan besi sepenuhnya

Apa komen anda?