vivo Malaysia sedia hadiah bercuti ke Jepun sempena Hari Raya

Share Button

Satu lagi promosi Hari Raya tiba untuk bakal pembeli telefon pintar baru. vivo Malaysia mahu sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dengan menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik, melalui pembelian telefon pintar vivo.

Bermula dari 10 Jun sehingga 31 Julai 2016, sebarang pembelian telefon pintar vivo akan layak untuk menyertai cabutan bertuah yang disediakan vivo Malaysia. Hadiah yang disediakan adalah:

100x powerbank vivo
5x telefon pintar vivo V3
3x TV LCD 40-inci
1x Percutian 5H4M untuk 2 orang ke Jepun

hadiah cabutan bertuah vivo Malaysia sempena Hari Raya

Bermakna, dengan membeli telefon pintar vivo untuk beraya ni, memberi peluang untuk memenangi hadiah utama berupa percutian 5 hari 4 malam yang ditanggung sepenuhnya, ke Jepun untuk dua orang.

Tiada sebarang slogan atau borang diperlukan untuk menyertai cabutan bertuah ini. Setiap pembelian akan didaftarkan nombor IMEI secara automatik ke sistem IMEI vivo. Seterusnya, ia akan dimasukkan terus ke dalam sistem cabutan bertuah selepas pembayaran dibuat. Akhir sekali, sistem ini akan memilih pemenang yang bertuah.

Keputusan cabutan bertuah ni akan diumumkan pada 5 Ogos 2016, di lamanweb www.vivo.my dan juga Facebook vivo Malaysia. Mungkin ini masa terbaik untuk mendapatkan telefon pintar vivo yang lama anda idamkan. Mana tau, dapat bercuti ke Jepun percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, layari Facebook vivo Malaysia dan lamanweb peraduan vivo Malaysia.

telefon pintar vivo V3 dan V3 Max bertinju

Apa komen anda?