Tonton strim video sepuas hati tanpa gunakan kuota data hanya dengan U Mobile

Share Button

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh U Mobile VIDEO-ONZ]

Semua orang suka tonton video. Youtube tu kalau boleh, nak tekan play je semua. Tapi pasti anda selalu risau untuk menonton apabila berada di luar capaian WiFi. Takut kuota data habis kan.

Usah gusar lagi. Dengan VIDEO-ONZ di U Mobile, tidak perlu lagi risau menonton strim video tanpa bersambung ke WiFi. Cuba bayangkan, tonton video sepanjang masa di mana jua, tanpa pening mengira kuota data yang menyusut habis. Dengan VIDEO-ONZ, ia percuma 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bukannya terhad dari jam 2 pagi sehingga 10 pagi sahaja. Pertama kali ada di Malaysia ni.

VIDEO-ONZ sedia digunakan semua pelanggan U Mobile tanpa perlu sebarang tetapan. Ia kini membenarkan tontonan strim video di 11 platform iaitu HyppTV Everywhere, Viu, iFlix, YouTube (termasuk YouTube Gaming), YouKu Tudou, Tonton.com.my, Astro on the Go, Eros Now, HeroTalkies, Pocketimes dan ONFM.

Untuk strim video tanpa had, ia terdapat untuk pelanggan pelan pascabayar Hero P70, i90 dan i130 sahaja. Tapi pengguna pelan lain usah risau. U Mobile memberi 100% data tambahan khas VIDEO-ONZ, kepada semua pengguna pelan data prabayar dan pascabayar.

Strim video kegemaran percuma dengan U Mobile VIDEO-ONZ

Contohnya, pengguna pelan U28 dengan 3GB data sebulan, akan menerima tambahan 3GB data percuma untuk VIDEO-ONZ. Ambil maklum, strim video menggunakan VIDEO-ONZ hanya boleh ditonton dalam kualiti definisi standard sahaja.

Ini adalah satu lagi yang pertama di Malaysia, diberikan U Mobile kepada penggunanya. Selain ini, U Mobile melalui Data Backpack kini membenarkan kuota data anda dibawa merayau ke luar negara tanpa sebarang caj. Atau, langgan U Data Roam yang memberikan data perayauan luar negara tanpa had, dari serendah RM10/hari. Malah, navigasi menggunakan aplikasi Waze juga tidak dikenakan sebarang caj data di talian U Mobile.

Jadi, tunggu apa lagi? Segera melanggan talian U Mobile hari ini jika anda masih belum melakukannya.

Apa komen anda?