[TEST PRODUK] Fitbit Blaze Ubah Gaya Hidup

Share Button

Fitbit, antara syarikat yang mengeluarkan gajet kecergasan. Sangat popular dengan gelang pintar sebelum dan percubaan baru dengan Blaze menjadikan Fitbit bersedia pergi lebih jauh dengan segmen jam pintar pula.

TheSkop mencuba sendiri Fitbit Blaze ini dan jom kita lihat apakah ciri-ciri menarik yang Fitbit boleh tawarkan kepada pengguna.

Kali pertama memandang, kelihatan rekaan Blaze tidak begitu cantik kalau mahu dibandingkan dengan model seperti Apple Watch dan Gear 2.

Namun, jangan cepat berubah atau tawar hati. Bak kata ayat yang biasa kita dengar, “belum cuba belum tahu”.

Rekaan

Bagi yang sudah biasa dengan Fitbit, mungkin anda akan beranggapan Blaze sebagai gelang kecergasan biasa yang dikeluarkan syarikat tersebut namun percayalah, ia gajet yang lengkap bermakna tidak perlu lagi memakai gelang pintar pada sebelah tangan dan jam biasa di satu lagi tangan yang lain.

Jam pintar Blaze disediakan dengan tali 1.2 inci dan skrinnya pula beresolusi 240 x 180 piksel serta jamnya yang berbentuk empat segi boleh ditanggalkan daripada tali. Ia dicabut untuk tujuan mengecas.

Sam menggunakan tali getah namun ada lagi tali yang berbahankan logam dan ia lebih ‘lawa’ cuma belum lagi mampu untuk menukar aksesori tersebut.

Sepertimana Apple Watch dan Pebble Time Steel, saiz 1.2 inci Blaze bermakna jam tersebut cukup untuk dipasang di pergelangan tangan pengguna tidak kira apa saiz tangan anda dan skrinnya juga boleh dilihat dari jauh tanpa perlu mengangkat tangan rapat ke mata.

Tali gelahnya mempunyai satu kunci dan apabila kita memakainya, ia akan memastikan tali tidak terkeluar daripada pengetat jam ini.

Mereka yang ingin menukar citarasa tali jam pun boleh berbuat demikian dengan mengambil kesempatan banyak pilihan penyesuaian Blaze. Anda boleh memilih tali kulit klasik ‘Luxe’ atau ‘Luxe Steel’. Anda juga boleh memilih pelbagai antaramuka jam tangan digital.

Pages: 1 2 3 4 5 6

Apa komen anda?