Telefon Pintar Kini Lebih Penting Berbanding Keluarga

Share Button

29.4% bersetuju telefon mereka lebih penting berbanding ibu bapa
21.2% bersetuju telefon lebih penting berbanding pasangan
16.7% meletakkan telefon pintar pada keutamaan tertinggi
93% mendedahkan nombor PIN telefon kepada kawan digital

Itulah dapatan sebuah tinjauan yang dilakukan penyelidik di Kaspersky Lab. Sekumpulan penyelidikan daripada University of Würzburg telah mengumpulkan sukarelawan dalam satu siri ujian. Mereka dikehendaki untuk meletakkan tahap keutamaan orang dan objek dalam kehidupan mereka dalam sebuah diagram.

Walaupun ahli keluarga terdekat kebanyakkannya menerima keutamaan yang tinggi, terdapat juga ahli keluarga yang menerima keutamaan lebih rendah berbanding kawan digital peserta.

Ketua penyelidik, Astrid Carolus, seorang Ahli Psikologi Media dari University of Würzburg menyatakan bahawa: “Telefon kini menempel teguh dalam kehidapan seharian kita. Perhubungan seumama rakan sebenar telah meningkatkan kepercayaan yang kita berikat terhadap satu objek pegun sehinggakan kita menganggapnya seperti keluarga sendiri.”

160205-smartphone

Penyelidikan ini adalah lanjutan daripada penyelidikan yang hampir serupa mereka jalankan pada tahun lalu. Ia mengkaji tentang peningkatan dan kesan amnesia digital yang berlaku pada masa ini. Mereka mengkaji tentang masalah kebergantungan terhadap peranti pintar untuk mengingati maklumat peribadi.

Dalam kajian itu, seramai 6,000 peserta dari seluruh Eropah telah mengikuti kajian tersebut. Mereka mendapati bahawa hampir 60% daripada pengguna telefon pintar mampu mengingati nombor telefon rumah yang mereka tinggal sewaktu berusia 10 tahun, tapi tidak mampu mengingati nombor telefon anak (53%) atau pejabat (51%).

Biasiswa ZALORA laptop dan nota

Jika waktu dahulu, kita perlu mengingati nombor telefon individu-individu yang penting dalam kehidupan kita atau kita terpaksa membawa buku catatan yang berisi maklumat yang berkaitan, kini ianya telah disimpan dalam bentuk fizikal. Lebih parah, otak tidak lagi dilatih untuk menyimpan maklumat tetapi dilatih untuk mengingati langkah-langkah untuk mendapatkan maklumat semula melalui telefon.

Jika keadaan ini berterusan, terjejaslah fungsi otak kerana tugas mengigati telah pun diambil alih oleh sebuah kad memori digital.

[sumber][2][gambar]

Apa komen anda?