Saksikan secara langsung aksi terhebat EURO 2016 di Stadium Astro dan Astro on the Go

Share Button

Salah satu pertandingan bolasepak yang dinanti ramai peminat di seluruh dunia, adalah EURO 2016. Sepak mula pertama akan dimulakan pada 11 Jun 2016 di Perancis, jam 3 pagi waktu Malaysia. Apakah cara terbaik untuk penduduk Malaysia menyaksikan semua perlawanan EURO 2016 secara langsung?

Tidak lain dan tidak bukan, semestinya menerusi Stadium Astro dari keselesaan sofa di rumah. Bagi pelanggan Astro dengan Sports Pack, mereka boleh menonton semua perlawanan EURO 2016 secara percuma, menerusi Astro ataupun aplikasi mudahalih Astro on the Go.

Trisha Kuck dan Swarna Naidu dari Astro SuperSport dengan Stadium Astro dan Astro on the Go

Bagi yang tidak melanggan Sports Pack atau tidak melanggan Astro langsung, mereka boleh melanggan ‘Pas Sukan’ pada harga RM104.95 sahaja. Ia memberi akses kepada semua siaran langsung EURO 2016 untuk ditonton menerusi lamanweb www.astroonthego.com ataupun aplikasi mudahalih Astro on the Go di iOS dan Android.

Ataupun tonton perlawanan terpilih, dengan membayar hanya RM6 untuk setiap perlawanan. Semua harga ini termasuk GST. Untuk yang lain, terdapat 12 perlawanan terpilih yang disiarkan secara langsung PERCUMA, di Astro Arena menerusi aplikasi Astro on the Go.

Tonton EURO 2016 di Stadium Astro di pelbagai peranti

Astro turut menyediakan destinasi paling komprehensif bagi peminat EURO 2016, di Stadium Astro. Ia terdapat di lamanweb www.stadiumastro.com dan aplikasi mudahalih iOS dan Android. Peminat boleh mendapatkan berita terkini, jadual beserta keputusan perlawanan dan juga statistik lengkap berkenaan profil kumpulan dan pemain.

Untuk pelanggan yang memiliki ‘Pas Sukan’, mereka boleh mendapatkan fungsi tambahan di aplikasi mudahalih Stadium Astro. Antaranya sorotan setiap perlawanan dari pelbagai sudut kamera, analisis perbandingan untuk setiap kumpulan dan analisis profil pemain.

Sorotan pelbagai sudut kamera EURO 2016 di Stadium Astro

Dengan pelbagai maklumat ini, semua orang boleh menjadi pakar bolasepak menerusi analisis dan statistik kumpulan, sepakan yang dibuat pemain, ketangkasan dan kekemasan permainan pemain, jarak sepakan dari pelbagai sudut, kad yang dilayangkan pengadil kepada pemain dan banyak lagi. Maklumat sebegini sangat penting terutama kepada peminat yang aktif di Stadium Astro Fantasy League.

Tunggu apa lagi, pastikan anda mendapatkan ‘Pas Sukan’ hari ini untuk akses kepada pelbagai maklumat dan siaran secara langsung perlawnan EURO 2016. Kesemua 51 perlawanan kejohanan bolasepak terhebat Eropah ini boleh ditonton menerusi Astro di rumah, ataupun di mana sahaja melalui aplikasi mudahalih Astro on the Go dan juga Stadium Astro.

Apa komen anda?