Pelan webe tanpa had data ternyata benar belaka

Share Button

Baru sahaja pagi tadi kami mendapat khabar tentang webe, yang telah membuka pendaftaran pelan khasnya untuk pengguna TM dan webe (P1 Wimax) terpilih. Petang ini, Facebook webe sendiri telah mengesahkan perkara itu, bersama pelan yang ditawarkan kepada mereka yang terpilih ini. Ia adalah pelan tanpa had data, panggilan dan SMS yang dinanti ramai.

Menurut kenyataan di Facebook webe, hanya satu pelan ditawarkan kepada pengguna TM dan webe yang terpilih. Pelan ini berharga RM199 sebulan, bunyi seperti lebih mahal dari pelan MaxisOne 188. Tetapi pelan webe ini tidak mempunyai had untuk penggunaan data, panggilan dan SMS. Gunalah sepuasnya tanpa risaukan caj tambahan.

10 perkara penting tentang webe

Tawaran ini diberikan tanpa sebarang kontrak. Pengguna boleh mengehentikan langganan bila-bila masa. Jika anda pengguna yang bertuah dan terpilih untuk melanggan pelan webe ini, hanya pergi ke pautan jemputan yang diberikan untuk mendaftar. Semua urusan dibuat secara digital sepenuhnya.

Semasa mendaftar, anda turut boleh memilih nombor yang digemari. Itupun jika masih belum ada orang yang mengambilnya. Kemudian, buat pembayaran menggunakan kad kredit, dan kad sim webe akan dihantar ke rumah anda.

Lebih menarik, pelan berharga RM199 ini boleh dimiliki dari serendah RM79 sebulan. Jika anda pengguna TM atau webe (P1 Wimax), anda boleh mendapat diskaun RM60. Tambahan lagi, jika telefon pintar anda diiktiraf untuk penggunaan webe, anda boleh mendapat lagi RM60 diskaun. Jika anda memenuhi kedua-dua syarat ini, anda boleh mendapat diskaun RM120, menjadikan caj bulanan hanya RM79 sebulan.

Walaupun pelan webe ini tanpa had data, tetapi ia tidak membenarkannya dikongsi secara hotspot. Jika mahu berkongsi data, bolehlah membeli pas WiFi RM6 untuk kegunaan 2 jam.

Siapa yang tak mahu pelan dengan data, panggilan dan SMS tanpa had dengan membayar RM79 sebulan? Berdoalah agar anda terpilih sebagai pengguna bertuah.

Comments

Trackbacks

  1. […] pendaftarannya kepada orang ramai selepas membuka pendaftaran minat dan pendaftaran tertutup kepada pengguna TM & P1 sahaja sebelum […]

Apa komen anda?