Klipsch tawar promosi siri Reference sempena ulangtahun ke-70

Share Button

Klipsch, sebuah jenama audio yang dikenali ramai menyambut ulangtahun ke-70 tahun ini. Bersempena itu, pengedar Klipsch di Malaysia, TC Acoustic melancarkan promosi untuk fon kepala dalam telinga siri Reference, iaitu R6, R6i dan R6m.

Siri Reference yang baru ini menggantikan fon kepala Image S4 dan S4i dalam kategori harga mampumilik. Ia dibina menggunakan aluminium yang ringan, tahan lasak dan selesa digunakan. Ia turut didatangkan bersama kabel rata, untuk lebih ketahanan dan kurang berselirat.

Klipsch R6 Hitam dengan kabel rata

Klipsh terkenal dengan rekaan tip telinga bujur, yang menjadi tanda jenama produk Klipsch yng turut dipatenkan. Ini menjadikannya selesa digunakan untuk jangka masa panjang, dan tahan lebih lama. Rekaan bujur ini direka agar serasi dengan rekabentuk telinga, dan memastikan bunyi bising dihalang dari masuk ke dalam telinga.

Setiap model Reference ini menghasilkan bunyi khas Klipsch yang efisyen, rendah herotan dan memiiki julat dinamik tinggi. Ia dihasilkan menerusi pembesar suara mikro dwi-magnet 6.5mm.

Reference R6 kini dijual pada harga RM369 (harga asal RM499) dan diberi jaminan satu tahun. Ia boleh dipilih antara warna putih dan hitam, dan datang bersama case serta empat pasang tip telinga pebagai saiz.

Reference R6i berharga RM559 (harga asal RM649), ditambah tiga butang kawalan dan juga mikrofon, bagi kawalan mudah panggilan dan bermain muzik. Ia sesuai untuk mereka yang sering bergerak dan perlukan sambungan ke iPod dan iPhone. Datang dalam dua warna, putih dan hitam dengan jaminan selama setahun.

Reference R6m pula boleh dimiliki pada harga RM559 (harga asal RM649). Ia direka khas untuk digunakan bersama peranti mudahalih, dengan satu butang kawalan dan mikrofon terbina. Ia boleh beroperasi bersama peranti Apple, Android, Blackberry dan Windows. Hanya warna hitam terdapat untuknya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Klipsch dan lamanweb TC Acoustic.

Apa komen anda?