KimCy sambut Ramadan dengan Digi dan Astro

Share Button

Pasangan selebriti tanah air Akim dan Stacy (KimCy) akan hadir dengan sebuah mini-siri dalam talian menerusi kempen #LebihErat. Tahun ini adalah Syawal pertama yang disambut oleh mereka bersama-sama. Oleh sebab itu, Digi Telecommunication Sdn. Bhd. (Digi) dan Astro berganding bahu untuk berkongsi pertembungan antara dua budaya dengan seluruh rakyat Malaysia.

Sebanyak 5 epison dirakamkan dalam mini-siri, “Lebaran Akim & Stacy”. Dua episod pertama akan ditayangkan di portal hiburan Astro, ‘Gempak’. Baki tiga episod pula akan ditayangkan melalui perkhidmatan storan awan Telenor, Capture. Capture boleh dimuat turun di iOS dan Android, dan boleh digunakan oleh pelanggan Digi ataupun bukan.

akim stacy lebaran

Selain itu, KimCy juga dilaporkan sedang merakamkan satu lagu raya untuk membangkitkan semangat Hari Raya dalam kalangan kita. Ia akan diterbitkan tidak lama lagi.

Digi juga tidak ketinggalan untuk menyumbang. Dua pakej data khas sempena Ramadan telah dianjurkan mereka. Satu adalah pakej  data mingguan sebanyak 1.2GB yang bernilai RM9 manakala satu lagi adalah pakej data bulanan sebanyak 3GB yang bernilai RM35.

Bersama-sama setiap langganan, pengguna akan menerima perkhidmatan penstriman tanpa had untuk beberapa perkhidmatan muzik dalam talian seperti Sportify.

digi tamadan pakej internet 2

Untuk maklumat lanjut tentang pakej ini, anda boleh layari laman promosinya. Mini-siri KimCy bermula 8 Jun ini dan peminat boleh menyaksikan episod baharu setiap Rabu. Peminat juga boleh bersosial dengan peminat yang lain menggunakan hashtag #LebihErat.

Apa komen anda?