Jam Tangan Touch ‘n Go, Mudah Tapi Susah?

Share Button

Penyedia kemudahan pembayaran tanpa tunai negara, Touch ‘n Go (TnG) telah melancarkan sebuah jam tangan dengan fungsi TnG terbina padanya. TimeTraveller dilancarkan secara rasmi di laman web 11street minggu lepas dalam warna hitam dan putih.

Pembayaran tanpa tunai adalah sesuatu yang memudahkan, tidak perlu disangkal lagi. Lihat sajalah keberkesanan kad TnG dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol seluruh negara terutamanya sekitar Lembah Klang. Ditambah pula dengan peranti Smart Tag yang tidak memerlukan pemandu berhenti dan menghulurkan kad untuk dibaca oleh mesin.

tng time traveller 11street promo

Tapi sebuah jam tangan? Adakah pengguna sanggup menyimpan Pebble atau G-Shock mereka dalam kotak semata-mata untuk memakai jam tangan ini, atau adakah mereka akan memakai dua jam tangan sekaligus? Walhal, tiada cacat celanya dalam penggunaan kad konvesional yang diamalkan sekarang. Sesuatu inovasi perlulah bersifat aditif kepada kemudahan sedia ada.

Kami berpendapat, adalah lebih baik pihak TnG mengeluarkan tali jam bersaiz standard yang boleh menggantikan tali jam tangan pengguna. Hal ini barulah menambah kebaikkan kepada yang sedia ada berbanding menggantikan banyak kelebihan untuk satu.

Walau apapun, TimeTraveller dijual pada harga RM 222 secara eksklusif di 11street. Atau, anda boleh membeli sekeping kad TnG yang berharga RM 10, lanyard boleh sentut RM3, dan baki RM209 dibelanja untuk tambah nilai kad itu.

Trackbacks

  1. […] ini, mereka juga ada memperkenalkan jam tangan dengan fungsi Touch ‘n Go yang tiada lagi berita […]

Apa komen anda?