Himpunan Iklan Raya 2016: Berhati-Hati Menonton

Share Button

Ramadan hampir memasuki minggu keempat, Raya 2016 semakin hampir. Jenama mula berpusu-pusu menerbitkan iklan raya masing-masing. Setakat ini, otai iklan raya Malaysia, Petronas masih belum kelihatan. Adakah mereka menyimpan yang terbaik untuk masa kecederaan nanti?

Sementara itu, kami himpunkan iklan raya 2016 daripada 25 jenama termasuklah satu daripada seberang. Kami sarankan anda sediakan tisu untuk kegunaan kecemasan. Selamat menonton!

Senarai Iklan Raya 2016

Petronas *free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Neelofar

Samsung
Breeze
Tenaga Nasional Berhad
Telekom Malaysia
Guardian
MYNIC
Astro
Watsons
Kleenex
Maxis
Bank Simpanan Nasional
Permodalan Nasional Berhad
Maybank
Daikin
SmartHeart
Maghfirah Media Group
IndoCafe
Mydin
TV3
Kasut You
Bank Rakyat
SingtelTV
Ali’s Friend Chicken
SkyWorld Development


PETRONAS

Kebaikkan ikhlas diberi, kebahagian sama dirasai


Neelofar

Siapa tak kenal taikun tudung yang menjadi fenomena masa ini. Sambil memperagakan koleksi tudung raya 2016, beliau bersajak mengenangkan nikmat-nikmat yang beliau dustakan. Sebanyak 10 model tudung dipertonton dalam video ini.

balik ke senarai


Samsung

Hanya menggunakan Whatsapp, Samsung berjaya membocorkan duktus air mata penonton. Ia berkisar tentang perselisihan yang berlaku dalam sebuah keluarga. Super Papa datang menyelamatkan keadaan.

balik ke senarai


Breeze

Disebalik setiap kotoran, tersembunyi kemurahan hatinya. Seorang kanak-kanak susah sangat mengidamkan sepasang baju raya untuk menyambut hari lebaran. Walaupun berjaya memperolehinya, dia tidak pula menggayakan baju itu pada hari raya.

balik ke senarai


Tenaga Nasional Berhad

Walaupun kita tiada apa-apa pada permulaan, dengan berbuat baik kita akan mendapat balasan yang baik. Dapat pun budak baju raya yang dia idamkan. Lepas tu…, timbul pula masalah yang lain.

balik ke senarai


Telekom Malaysia

Sofia, badan sahaja kecil, tapi setiap kali iftar mesti dia bungkus makanan bawa pulang, air mineral pun tidak ketinggalan menjadi mangsa kerakusan Sofia!

balik ke senarai


Guardian

Satu pagi di pagi raya, dua budak cari pasal dengan hantu raya. Duit raya tak dapat, pulang dengan langkah raya.

balik ke senarai


MYNIC

Adam seorang anak taukeh  bahulu yang baik. Tetapi, demi memeriahkan raya tahun ini, dia hampir-hampir memusnahkan perniagaan bahulu ibunya.

balik ke senarai


ASTRO

Zika amat benci akan ayahnya. Dia menelusuri lorong-lorong hitam demi mendapat perhatian ayahnya. Rupa-rupanya ayahnya bukanlah seperti yang Zika sangka, tetapi sudah terlewat. Ayahnya sudahpun melangkah ke alam yang lain. Nota: Berdasarkan kisah benar

balik ke senarai


Watsons

Siti Tudung, Limah Skema, dan Siah Selfie nak nampak cun dipagi raya.

balik ke senarai


Kleenex

Taukeh bahulu dapat menantu dah?

balik ke senarai


Maxis

Sarikata hati. Lain yang ditutur, lain yang dimaksud. Kamu orang semua mesti selalu berdepan dengan situasi macam dalam videokan? Ajarlah nenek main Candy Crush.

balik ke senarai


Bank Simpanan Nasional

Si pengacau raya, Aloy, sambut Raya kali kedua di rumah mertuanya. Apa pula masalah yang akan mereka sekeluarga hadapi dalam episod empat?
Episod 3: Tahun Baru Cina 2016 (link)
Epidod 2: Beli rumah 2016 (link)
Episod 1: Raya 2015 (link)

balik ke senarai


Permodalan Nasional Berhad

PNB terbang ke Malaysia Timur semata-mata nak singgah ke kilang garam.

balik ke senarai


Maybank

Maybank tampilkan staf mereka sendiri dalam iklan raya mereka.

balik ke senarai


Daikin

Daikin mendinginhawakan hati, seru kita untuk hargai masa dengan orang yang kita sayang.

balik ke senarai


SmartHeart

Mira nak bawa pulang Mimi ke kampung, tetapi ibunya suruh dia tinggalkan si gebu itu di rumah.

balik ke senarai


Maghfirah Media Group

Orang Malaysia memang taksub dengan Hari Raya sehingga sanggup berbelanja besar. Kenapalah Beto tak puas hati dengan Hari Raya.

balik ke senarai


IndoCafe

30 hari tak dapat dos kaffein pada siang hari, raya nanti kaffein mana yang kita nak ambil dulu?

balik ke senarai


Mydin

Seperti Astro, Mydin pun tidak ketinggalan hasilkan video berdasarkan kisah benar.

balik ke senarai


TV3

Zukieee, Jamal, dan Amirul Mukmin  dah masuk media arus perdana.


balik ke senarai


Kasut You

Peruncit kasut milik anak tempatan sudah mula berjinak-jinak dalam iklan raya. Mereka juga menghasilkan kasut berjenama sendiri.

balik ke senarai


Bank Rakyat

Taukeh bahulu lagi! Kali ini dengan Syuib dan Mark Ada Adam.

balik ke senarai


SingtelTV

Khas dari seberang Tambak Johor. Jalil Hamid cipta nama di sana.

balik ke senarai


Ali’s Fried Chicken

Harimau Malaya menentang Korea Selatan.
Daripada kacang kepada badang,
siapakah yang akan bergelar taiko Asia?

balik ke senarai


SkyWorld Development

Rendang yang sama sejak puluhan tahun yang lalu, tapi rasanya tidak serupa. Bahan apakah yang tiada dalam rendang nenek tahun ini?

balik ke senarai


[sumber gambar]

Trackbacks

  1. […] Seperti biasa, Petronas masih belum menerbitkan iklannya setakat artikel ini ditulis. Artikel ini akan dikemas kini jika ada iklan raya yang baru dimuat naik di Internet. Kalau anda nak tonton koleksi iklan Hari Raya 2016, anda boleh ka pautan ini. […]

Apa komen anda?