Hadiah bernilai RM999 menanti tempahan awal Huawei P9 Plus di DirectD

Share Button

Nampaknya abang besar Huawei P9, iaitu P9 Plus sudah hampir pasti ketibaannya di Malaysia. Laman Vmall.my telah memaparkan harganya, RM2,599. Manakala di DirectD, ia telah mula membuka tempahan yang disertakan hadiah percuma.

DirectD menawarkan hadiah bernilai RM999 kepada tempahan awal Huawei P9 Plus. Tetapi ia terhad kepada 99 tempahan pertama sahaja.

harga Huawei P9 Plus ditemui dalam Ringgit Malaysia

Hadiah percuma yang menanti penempah awal ini berupa telefon pintar Huawei Y3C, powerbank Huawei 5,000mAh, pembesar suara Bluetooth, kayu selfie dan juga baucer pelancongan bernilai RM500.

Menurut DirectD, terdapat dua warna boleh dipilih. Tetapi hanya warna Emas akan dihantar kepada pembeli bermula 10 Jun. Warna Kelabu pula, akan tersedia sekitar minggu ketiga atau keempat bulan Jun.

Huawei P9 Plus di pelancaran Bali dalam tangan

Apa yang menjadikan P9 Plus lebih bernilai dari P9? Ia memiliki kamera belakang sama, dwi-lensa 12MP dengan cap Leica Summarit. Tetapi kamera depan P9 Plus dilengkapi autofokus bersama sensor 8MP.

Selain ini, P9 Plus mempunyai dua pembesar suara, bateri lebih besar 3,400mAh, pengecasan pantas dan juga skrin lebih lebar 5.5-inci dengan sentuhan tekanan.

Kuasa pemproses masih sama, menggunakan CPU Kirin 955 tetapi RAM dan storan P9 Plus lebih besar, 4GB dan 64GB. Semua kelebihan ini dengan tambahan RM500 berbanding Huawei P9.

Jika anda merasakan P9 Plus lebih berbaloi dimiliki, serta mahu mendapatkan hadiah percuma bernilai RM999 ini, segera ke stor DirectD berhampiran, atau layari lamanweb Huawei P9 Plus di DirectD.

[SUMBER] ‎

Apa komen anda?