Flexiroam X cara baru perayauan data luar negara

Share Button

Flexiroam adalah satu cara untuk membuat dan menerima panggilan dari luar negara, pada kadar yang rendah dan tanpa had. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan lebih banyak data, satu produk baru diperkenalkan hari ini. Ia diberi nama Flexiroam X.

Flexiroam X adalah satu cara baru perayauan data di luar negara, dan lebih penting lagi, pada kadar yang rendah. Ia baru sahaja dilancarkan di Australia, tetapi turut boleh digunakan pengguna di Malaysia.

Flexiroam X sebenarnya adalah satu produk yang unik. Ia tidak mengambil ruang kad sim langsung, kerana menggunakan mikrocip yang sangat nipis, yang diletakkan di atas kad sim sedia ada pengguna. Flexiroam menggelarnya, Mikrocip X.

Flexiroam X kini tiba di Malaysia - cip X di atas sim kad

Hanya pasang Mikrocip X ini sekali sahaja pada kad sim, dan ia boleh digunakan selamanya. Sehinggalah kad sim tersebut perlu ditukar. Selepas dipasang, rangkaian boleh ditukar antara Flexiroam dan kad sim asal dengan mudah.

Untuk mula menggunakan Flexiroam, pengguna perlu mendaftar secara percuma, menerusi apliaksi Flexiroam X yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore atau Google Playstore. Selepas mendaftar, pengguna boleh menerima Mikrocip X pada harga USD5 (~RM20) yang dihantar ke negara terpilih antaranya Australia, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand serta Malaysia sendiri.

Flexiroam X kini tiba di Malaysia - pendaftaran dan langganan

Selepas memasang Mikrocip X, pengguna boleh melanggan keahlian tahunan berharga USD9.99 (~RM40). Dengan membayar yuran keahlian ini, pengguna akan membuka kunci untuk menyimpan sehingga 100GB data untuk kegunaan perayauan kelak. Perayauan Flexiroam boleh digunakan di 100 negara, dengan rakan rangkaian antaranya Vodafone, Optus, EE, Telefonica, AT&T, Indosat dan T-Mobile.

Ini cara Flexiroam X berfungsi:

Flexiroam turut membolehkan pengguna mendapatkan data percuma, dengan berkongsi dengan rakan dan ahli keluarga. Jika ada rakan atau keluarga yang mendaftar Flexiroam X menggunakan kod rujukan pengguna, kedua-dua pihak akan menerima 100MB data percuma.

Data yang terkumpul ini boleh digunakan bila-bila masa, di apa jua negara selagi keahlian Flexiroam X masih aktif. Sehingga 100Gb data boleh disimpan menerusi langganan keahlian selama setahun.

Flexiroam X kini tiba di Malaysia - dapat lagi data percuma

Bermakna, turun sahaja pesawat di luar negara, Flexiroam boleh terus diaktifkan dengan kelajuan sehingga 4G LTE. Tak perlu mencari WiFi lagi dan tidak perlu membeli kad prabayar luar negara. Semuanya dalam satu pakej Flexiroam X.

Jika data Flexiroam X percuma habis digunakan, ia boleh ditambah dengan membeli Xtra Data Pack berharga USD29.99 (~RM124) yang memberikan 1GB data tambahan. ia boleh dibeli menerusi aplikasi Flexiroam X.

Sempena pelancaran Flexiroam X ini, mereka menawarka data percuma untuk pengguna terawal. Gunakan kod promosi XLAUNCH selewatnya 7 Jun ini dan terima 500MB data percuma. Sebagai bonus tambahan, gunakan kod promosi kami, THESKOP untuk menerima 300MB data tambahan lagi. Selepas mendaftar, jangan lupa untuk berkongsi kod rujukan anda bersama rakan dan keluarga bagi mendapat data bonus.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.flexiroamx.com

Flexiroam X kini tiba di Malaysia

[SUMBER]

Trackbacks

  1. […] menghantar teks dan emoji melalui aplikasi permesejan. Selain Chatsim, satu lagi alternatif adalah Flexiroam X, perayauan data mudah dalam satu sim yang boleh digunakan di seluruh […]

Apa komen anda?