[COMPUTEX 2016] Jelajah Overclock HWBOT uji penggunaan Nitrogen di Computex

Share Button

Kini di lokasi yang ke-5 selepas Brazil, HWBOT tiba di Computex 2016 membawakan pertandingan Overclocking antarabangsanya. Ia dibawa ke Taiwan dengan kerjasama CyberMedia selaku rakan industri.

Jelajah Dunia Asia HWBOT di Computex turut sama dimeriahkan dengan rakan-rakan penaja lain seperti pengeluar storan dan RAM ZADAK511, pengeluar terbesar CPU dunia Intel, pengeluar paparan AOC, serta Seasonic yang menghasilkan pembekal kuasa.

Pertandingan Overclock yang diadakan HWBOT ini menyaksikan pelbagai peserta memperlihatkan kepakaran mereka, memaksa pemproses beroperasi pada kelajuan lebih tinggi. Paling menarik, peserta dibekalkan cecair nitrogen untuk menyejukkan sistem di bawah paras beku.

HWBOT World Tour Overclocking - demo cecair nitrogen

Dalam majlis pelancaran ini, pakar Overclock terkemuka dunia, Roman Hartung membuat demonstrasi menggunakan cecair nitrogen. Beliau menunjukkan bagaimana CPU terbaru Intel yang baru diperkenalkan, Intel Core i7 Extreme Edition di’overclock’ secara ekstrem di bawah takat beku.

Selain pertandingan, HWBOT turut mengadakan bengkel yang memberi tunjuk ajar kepada orang ramai, cara-cara overclock yang betul dan selamat. Bengkel ini menggunakan perkakas yang disediakan rakan penaja seperti ZADAK511, Intel, AOC, Seasonic, Asrock, Thermaltake dan lain-lain.

HWBOT World Tour Overclocking - bengkel overclock

Apa komen anda?