Blizzard dan Facebook Jalin Kerjasama Untuk Hubungkan Pemain

Share Button

Blizzard Entertainment (Blizzard) telah mengumumkan kerjasama dengan Facebook untuk menyediakan satu saluran perhubungan dan perkongsian kepada para pemain permainan mereka. Pada bulan yang akan datang, Blizzard akan memperkenalkan integrasi Facebook Login dalam permainan PC keluaran mereka.

overwatch facebook plugin

Pemain kelak boleh menggunakan Facebook Live untuk berkongsi detik cemas permainan mereka.

Permainan yang akan menerima kemudahan tersebut adalah seperti World of Warcraft, Heroes of the Storm, Heartstone, Diablo III, Star Craft II, dan Overwatch. Pengenalan fungsi ini akan menyediakan satu platform perkongsian, penyiaran, dan perbincangan untuk peminat produk-produk Blizzard. Misalnya, Blizzard kini dalam proses menampal API Facebook LIVE. Ia akan membolehkan pemain menyiarkan permainan mereka terus kepada Timeline Facebook mereka.

Sebagai mukadimah perjanjian antara Blizzard dengan Facebook itu, Blizzard sudahpun menyiarkan beberapa siaran langsung melalui Facebook. Siaran yang pertama berkaitan Heroes of the Dorm manakala yang terkini, mereka menyiarkan acara pelancaran permianan Overwatch.

Facebook mempunyai bilangan pengguna yang ramai. Di Facebook sahaja, mereka memiliki 1.65 billion pengguna, hampir suku daripada jumlah penduduk bumi. Di Instagram pula, 400 juta pengguna dilaporkan memilki akaun laman perkongsian gambar paling popular itu. Semasa pelancaran Overwatch, Facebook telah membantu Blizzard menguar-uarkan perihal permainan yang bakal dilancarkan mereka kepada pengguna Facebook dan Instagram.

Pada masa ini Twitch adalah perkhidmatan penyiaran dalam talian yang didedikasikan untuk permaintan digital. Perkhidmatan milik Amazon itu digunakan oleh 100 juta orang setiap bulan. Facebook pula sebelum ini hanya sebuah platform permainan kasual seperti Farm Ville dan Mafia Wars. Oleh sebab itu, Facebook berusaha gigih untuk menyaingi Twitch dan perlu memanfaatkan sepenuhnya bilangan pengguna yang mereka miliki.

[sumber]

Apa komen anda?