Beli ExMobile VoLte 1 di GEMFIVE dapat fon kepala JBL percuma

Share Button

ExMobile merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang baru bertapak di Malaysia. Baru-baru ini, mereka melancarkan telefon pertama mereka yang dilengkapi pengimbas capjari, dikenali sebagai ExMobile VoLte 1.

VoLte 1 menampilkan rupa premium dengan badan besi sepenuhnya. Ia memiliki skrin sebesar 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh. Skrin ini menggunakan kaca Dragontrail dengan lengkung 2.5D.

ExMobile VoLTE 1 warna hitam dan kelabu

Kuasa VoLte 1 di kelas pertengahan, menggunakan CPU MediaTek MT6753 8-teras, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Baterinya sebesar 3,250mAh dan boleh dicas pantas sehingga penuh dalam masa 75 minit.

VoLte 1 menggunakan kamera 13MP f/2.0 keluaran Panasonic, yang dibantu dwi-LED Flash. Di depan pula, ia menggunakan kamera selfie OmniVision 5MP. Pengimbas capjarinya di belakang, boleh menyimpan sehingga 5 capjari untuk keselamatan tambahan.

VoLte 1 memiliki satu butang fizikal khas, yang boleh digunakan untuk akses pantas ke kamera dan menangkap gambar. Ia juga memiliki pemancar infra merah, menjadikan telefon pintar kepada alat kawalan jauh.

ExMobile menyatakan VoLte 1 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, tetapi akan menerima kemaskini Marshmallow 6.0 hujung bulan Jun ini. Ia memiliki dua slot kad sim hibrid yangmenyokong rangkaian 4G, dengan slot kedua turut boleh dimuatkan kad mikroSD.

ExMobile VoLTE 1 percuma JBL Headphone T300A di GEMFIVE

Apa yang menariknya, ExMobile kini menjalankan promosi untuk pembelian VoLte 1. Mereka yang berminat boleh membelinya dalam talian di GEMFIVE, pada harga RM799. Pembelian di GEMFIVE ini akan menerima sepasang fon kepala JBL T300A bernilai RM239, secara PERCUMA.

Seperkara lagi, gunakan kod kupon MO100 di GEMFIVE, untuk mendapatkan lebih diskaun. Segera layari laman produk ExMobile VoLte 1 di GEMFIVE, untuk mendapatkan promosi khas yang datang bersama fon kepala JBL T300A. Sebab unit jualan sangat terhad.

Apa komen anda?