Batman datang membawa Galaxy S7 edge edisi khas ke Malaysia

Share Button

Tak dapat dinafikan, telefon pintar Galaxy S7 edge memang antara yang terbaik boleh dimiliki sekarang. Apa yang boleh menjadikan ia lebih hebat? Dengan menambah rekaan Batman kepadanya.

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan di Twitter, ketibaan Samsung Galaxy S7 edge Injustice, edisi terhad dan eksklusif. Ia dihasilkan dengan kerjasama Warner Bros, Interactive Entertainment dan DC Entertainment. Hanya 500 unit edisi Injustice ini akan dijual di Malaysia, pada 17 Jun 2016 akan datang.

Apa yang membezakan edisi terhad ini dengan set Galaxy S7 edge yang biasa? Pertama, telefon ini diselaputi warna hitam dan garisan emas yang dihiasi logo Batman di belakangnya. Di dalam kotak, ia menerima aksesori tambahan iaitu Gear VR (Edisi Hitam) dan juga case penutup belakang (Edisi Injustice). Ia turut disertakan baucer servis dan kandungan eksklusif seperti kredit permainan Injustice bernilai USD100 (~RM400) dan kandungan Oculus VR bernilai USD50 (~RM200).

Samsung Galaxy S7 edge Edisi Injustice ini mendapat insprasi dari permainan mudahalih, Injustice: Gods Among Us. Ia adalah permainan menggunakan kad, dengan pemain bertanding 3-vs-3 menggunakan pelbagai watak dari DC Comic. Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore.

Bagi yang mahu mendapatkan Galaxy S7 edge Edisi Injustice, ia dijual di Malaysia pada harga RM4,099. Jualan akan bermula pada 17 Jun 2016 jam 10 pagi, hanya di lamanweb Samsung Malaysia di www.samsung.com/my/gs7injustice.

Cara-cara untuk membelinya adalah:

1. Pergi ke lamanweb www.samsung.com/my/gs7injustice pada 17 Jun 2016 jam 10 pagi

 

2. Daftar maklumat peribadi dan pilih Stor Samsung untuk kutipan

 

3. Buat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 melalui PayPal (hubungi pihak Bank untuk memastikan transaksi tidak terganggu)

 

4. Ambil Galaxy S7 edge Edisi Injustice pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan edisi terhad Galaxy S7 edge ini, lebih-lebih lagi jika anda peminat Batman dan permainan Injustice. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.samsung.com/global/galaxy/events/injustice.

[SUMBER]

Trackbacks

  1. […] Malaysia minggu lepas memberitahu, 500 unit Galaxy S7 edge Edisi Injustice terhad akan dijual di Malaysia. Jualan ini akan dibuat […]

Apa komen anda?