Astro eGG menyiarkan secara langsung pusingan akhir ECS Counter Strike GO

Share Button

Saluran eGG yang memaparkan berita khusus untuk sukan elektronik di Astro, mengumumkan akan menayangkan siaran langsung pertandingan akhir Esports Championship Series – Counter-Strike (ECS-CS). Tayangan ini akan berlangsung dari 24 Jun sehingga 26 Jun, khas di Astro saluran 808 dan juga di Astro on the Go.

ECS-CS mengumpulkan pasukan Counter Strike: Global Offensive (CS: GO) terbaik di dunia, bertarung untuk membawa pulang hadiah berjumlah USD3.5 juta (~RM14 juta). Ia merupakan hadiah terkumpul paling banyak pernah ada untuk permainan CS: GO.

Pusingan akhir ECS-CS akan bermula di peringkat kumpulan, di mana 8 pasukan dari Eropah dan Amerika dikumpulkan di dalam dua kumpulan. Mereka akan bersaing untuk menjadi 2 pasukan terbaik dalam kumpulan, untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pemenang peringkat separuh akhir, akan mara ke pusingan akhir dan membuktikan kehebatan sebagai pasukan terhebat CS: GO.

Kesemua perlawanan pusingan akhir ECS-CS diadakan di SSE Arena Wembley di London. Ia merupakan pusat tumpuan yang telah menganjurkan pelbagai acara antarabangsa melibatkan artis seperti Bob Dylan, Madonna, Beyonce serta acara sukan Olimpik. Kini, ia bakal menyaksikan juara Esports Championship Series – Counter-Strike Global Offensive 2016.

Peminat CS: GO di Malaysia boleh turut sama menyaksikan pusingan akhir ini secara langsung, bermula jam 7 malam (waktu Malaysia) pada 24 Jun 2016. Ia boleh ditonton di Astro eGG Network (saluran 808), ataupun secara percuma di Astro on the Go (AotG). Hanya pilih eGG Network pada tab LIVE TV di AotG. AoTG boleh ditonton menerusi pelayar di alamat www.astroonthego.com, atau menerusi aplikasi Android dan iOS.

Jadual ECS-CS (waktu London GMT+0)

Jadual pusingan akhir ECS-CS GO 2016

Apa komen anda?