Apa itu Yes 4G LTE? Ada kelebihan ke guna TDD-LTE dan VoLTE?

Share Button

Pada 15 Jun lepas, Yes Telecommunications membuat kejutan apabila mengumumkan servis rangkaian mudahalih 4G LTE. Pengumuman itu dibuat di majlis pelancaran telefon pintar Samsung Galaxy siri-J 2016.

Dalam majlis pelancaran itu, Yes turut mengumumkan pemberian kad sim percuma, kepada semua pembeli telefon pintar Samsung Galaxy siri-J 2016. Sim kad tersebut disertakan 15GB data, 100 SMS, 100 minit panggilan ke talian lain dan panggilan tanpa had sesama talian. Pelan ini diberikan percuma selama dua bulan. Bermakna, 30GB data percuma dari Yes 4G LTE jika membeli telefon baru Samsung ini.

Pelancaran yes 4G LTE percuma kad sim dengan Samsung Galaxy J 2016

Yes 4G LTE membawa pembaharuan dalam rangkaian mudahalih di Malaysia. Ia menggunakan teknologi TDD-LTE, berbeza dengan rangkaian lain di Malaysia yang menggunakan teknologi rangkaian FDD-LTE.

Rangkaian ini beroperasi pada band 38 (2600Mhz) dan Band 40 (2300MHz). Bermakna, untuk menggunakan kad sim Yes, telefon pintar tersebut haruslah menyokong TDD-LTE Band 38 dan Band 40. Antaranya adalah telefon pintar Samsung Galaxy J1 (2016), yang kami gunakan dalam ujian di bawah.

Yes 4G LTE FDD-LTE Band 38 dan Band 40

Tambah Yes lagi, mereka kini memiliki 85% liputan kawasan berpopulasi. Liputan ini sebenarnya termasuk rangkaian Wimax mereka. Tetapi, prasarana LTE Yes turut menggunakan tapak Wimax sedia ada. Ini memungkinkan pembangunan rangkaian Yes 4G LTE yang lebih pantas berkembang.

Melalui kad sim percuma yang kami terima semasa majlis pelancaran itu, kami telah mencubanya dengan membawa berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Liputannya sangat baik, tetapi hanya memaparkan talian 4G sahaja. Kelajuan muat turun dan muat naik juga agak memuaskan.

Ujian Speeedtest Yes 4G LTE di KLCC KL Sentral dan Petaling JayaUjian Speedtest Yes 4G LTE, dari kiri KLCC, KL Sentral dan Petaling Jaya

Dengan menggunakan talian 4G, Yes turut menyatakan mereka adalah yang pertama memperkenalkan teknologi panggilan VoLTE di Malaysia. VoLTE menggunakan rangkaian 4G untuk membuat panggilan, dan ini menjadikan kualiti panggilan jauh lebih baik dari biasa.

Rakan kami di Soyacincau telah menguji sendiri perbezaan kualiti panggilan biasa, dan juga kualiti panggilan HD di VoLTE. Anda boleh bandingkan sendiri dari klip bunyi di bawah ini.

Teknologi VoLTE bukan sahaja menjadikan kualiti panggilan lebih baik, malah ia membuat sambungan dengan lebih pantas. Perbandingan sambungan panggilan ini boleh dirujuk dari jadual di bawah ini.

Jadual masa panggilan disambung berbanding Yes 4G LTE VoLTEMasa yang diambil untuk deringan pertama didengari selepas menekan butang panggilan

Dari jadual di atas, ternyata Yes 4G LTE dapat membuat sambungan jauh lebih pantas, dengan purata di bawah 4 saat. Untuk rangkaian lain, secara purata sambungan panggilan dibuat dalam masa 7.9 saat. Untuk panggilan WiFi yang kini terdapat di U Mobile, ia lebih pantas dari biasa tapi masih tidak dapat mengatasi VoLTE.

Kedatangan Yes 4G LTE bersama VoLTE serta rangkaian TDD-LTE membuka lembaran baru dalam servis talian mudahalih di Malaysia. Kedatangan seperti ini sangat dialu-alukan, kerana disertakan servis tambahnilai serba baru. Ini pasti boleh memberi saingan kepada U Mobile, kerasa sering menjadi yang pertama memperkenalkan servis dan tawaran terbaru di Malaysia.

Apa pun, selamat datang Yes 4G LTE.

Comments

  1. syikin

    bagaimana nak daftar aktifkan simkad sendiri secara online? saya dah buat secara online,dah dapat sms akftif cuma bila saya call no yes lain no network.kenapa eh?

  2. adi

    Tumpang tanya…Saya guna modem YES…pakage RM98/bulan (24GB broadband+8GB LTE)…apa bezanya broadband dan LTE tu? bukan ke LTE tu untuk direct ke henset yang support LTE? tapi, camne nak connect direct plan ni ke hp sy? sy guna modem..boleh tlg jelaskan x?

    https://www.yes.my/4g-broadband

  3. Fiedah

    HI,
    Saya bar sahaja beli HP J5 dan dapat simkad YES 4g free. Memang cukup memberansangkan..signal memang laju macam LRT ooo..saya sangat-sangat berpuas hati. Cuma persolan saya, sekiranya tempoh penggunaan sudah cukup 2 bulan (sebab free untuk 2 bulan je kan) apakah simkad tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi?? Apakah langkah yang harus di ambil untuk terus aktifkan simkad tersebut??

    • TheSkop

      Yes hanya ada rangkaian 4G, tiada 3G dan 2G. Jadi, jika tiada liputan 4G Yes di kawasan anda, maka tiada lah talian langsung.

  4. Unknown

    Knape sjak2 nie,sy gne sim 4g lte dlm j1 16,tp xd signal 4g lte trsbut… Mobile data bile on xmmbntu utk gne internet

    • pak maun

      Pada pengalaman saya menggunakan telefon J1 16, signal yang diterima telefon ini adalah lemah. Saya juga guna simkad Celcom dengan telefon ni, kat tengah bandar pun, 4G tak dapat penuh. Akhirnya saya jual telefon ni beli Yes Altitude iaitu telefon Yes saya dapati signal Yes 4G lebih baik pada telefon ini.

  5. kamalkz

    Saya dpt sim Yes4g bersama samsung j1 16. Kenapa bila sya guna sim itu dlm phone lain yg sokong lte, langsung tiada signal

      • shahkax

        tempat saya duduk di nilai nie xde coverage yes 4G, tp masih boleh dpt signal yes 4G, klu pki dongle boleh smpei 5 bar, tp selalunya dlm 3 bar. tp boleh tahan speednya

Trackbacks

  1. […] VoLTE menjadikan panggilan lebih jelas dan terang melalui kualiti definisi tinggi. Perkara ini boleh dilakukan melalui jalur lebar 4G yang pantas. Malah, pengguna boleh terus melayari internet semasa membuat panggilan, kerana ia menggunakan talian 4G yang sama, tidak lagi bertukar ke 2G atau 3G. Semak ujian panggilan VoLTE yang kami lakukan, di sini. […]

  2. […] Untuk melanggan plan Yes “Double Data”, anda boleh berkunjung ke mana-mana kedai YES, rakan eksklusif YES dan mana-mana kedai bertauliah di seluruh Malaysia atau, mereka boleh lawati laman web www.yes.my/store untuk maklumat lanjut. Baca juga laporan ujian kami tentang liptan Yes 4G LTE di sekitar Kuala Lumpur, serta ujia panggilan VoLTE di sini. […]

Apa komen anda?