Amaran Pedofilia Di Ruang Maya!

Share Button

Menyedari akan satu pendedahan yang mengejutkan oleh seorang aktivis sosial dalam Facebook semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tanpa berlengah menjalankan penyiasatan. Ia berhubung satu kumpulan sembang maya dalam aplikasi Telegram yang mempunyai lebih 700 ahli dan secara aktif berkongsi gambar kanak-kanak dengan tujuan memuaskan nafsu.

pedofilia

Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani kes ini ialah Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang ditubuhkan sejak Januari lalu. Selain itu, Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datin Mai Zairani Zainal Abidin memaklumkan bahawa agensi seperti PDRM dan Jabatan Peguan Negara turut mengembleng tenaga dalam membantu SKMM melakukan siasatan walaupun tidak menerima sebarang aduan.

Terdapat peruntukkan undang-undang yang digarap bagi membendung masalah ini. Dipetik daripada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut Seksyen 211. Larangan terhadap pemberian kandungan jelik:

Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

Dan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut adalah

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Aktivis sosial, En. Syed Azmi, yang berkongsi tentang penemuan tersebut juga menyeru ibu bapa supaya lebih cakna terhadap gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial. Gambar digital boleh disebar dan digunakan untuk tujuan yang tidak bermoral. Walaupun gambar tersebut adalah gambar biasa, tapi bagi sesetengah mereka, ia mencuit nafsu.

Kami di TheSkop.com pula ingin meninggalkan satu nasihat. Telegram memiliki fungsi penyulitan hujung-ke-hujung. Sejauh manakah keberkesanan fungsi tersebut? Pihak pembangunnya, sejak tahun 2014, menawarkan $300,000 (~ RM1,235,265) untuk sesiapa sahaja yang berjaya memintas mesej yang dihantar dalam sistem Telegram.

[sumber] [sumber][sumber gambar]

Apa komen anda?