Xiaomi umum sokongan Daydream dalam Mi Box

Share Button

Xiaomi hari ini mengumumkan kemasukan pertamanya ke Amerika Syarikat secara rasmi. Tetapi sayangnya ia bukanlah telefon pintar, sebaliknya adalah Mi Box. Ia adalah sebuah peranti Android TV yang mampu menghasilkan paparan 4K.

Pengumuman Mi Box ini dibuat sempena acara Google I/O 2016, yang sedang berlangsung sekarang. Malah, Xiaomi juga menyatakan mereka adalah yang pertama menyediakan peranti yang sedia menjalankan Daydream, platform baru realiti maya yang diumumkan Google. Daydream dibina di atas Android N.

Mi Box Google IO 2016 - bersama alat kawalan jauh

Mi Box adaklah kotak TV yang kecil, sebesar tapak tangan. Dengan menggunakan platform Android TV 6.0, ia mempunyai kandungan yang sangat luas, merangkumi ribuan filem, acara, dan permainan dari Google Play, Youtube dan lain-lain aplikasi.

Mi Box dikuasakan CPU ARM Cortex-A53 dan GPU Mali 450, bersama RAM DDR3 2GB serta 8GB storan dalaman. Ia menyokong sistem bunyi Dolby Digital Plus dan DTS Surround Sound, mencipta bunyi sekeliling seperti di panggung wayang.

Mi Box Google IO 2016 - sambungan belakang

Mi Box turut menyokong standard terkini HDR10 serta HDMI 2.0a, bagi menghasilkan paparan yang tajam dan menawan. Antara penyedia kandungan teknologi TV HDR yang menyokong Mi Box adalah seperti YouTube,Netflix, Vudu dan FandangoNOW. Penyedia kandungan yang lain turut boleh dimuat turun melalui Google Playstore seperti Netflix dan Hulu.

Mi Box datang bersama alat kawalan jauh Bluetooth, yang turut meyokong arahan suara. Pengguna boleh bercakap terus ke alat kawalan ini untuk membuat carian kandungan. Untuk pengalaman permainan lebih menarik, terdapat juga aksesori tambahan Mi Game Controller yang dijual berasingan.

Mi Box Google IO 2016 - game controller

Xiaomi telah menjual lebih 10 juta TV pintar dan Mi Box di China. Penjualannya di Amerika Syarikat, adalah langkah pertama ia dipasarkan ke luar China. Mi Box juga akan dipasarkan di lain-lain negara selepas itu.

Mi Box Google IO 2016 - dengan tv

Apa komen anda?