Telefon Android Dah Lembab? 5 Cara Untuk Lajukan Semula

Share Button

BERSIHKAN CACHE

Cache adalah maklumat yang disimpan oleh komputer di suatu tempat untuk diakses kemudian. Ia meningkatkan kecekapan pemproses kerana komputer tidak perlu mencari maklumat yang diperlukan sebaliknya hanya merujuk pada ruangan cache. Tetapi, timbunan cache yang membesar seiring dengan masa akan memusnahkan fungsi cache itu sendiri.

Oleh sebab itu, setiap sela masa tertentu, sebulan sekali misalnya, kami menyarankan anda mengosongkan ruang Cache. Selain itu, terdapat aplikasi khas yang boleh digunakan untuk membersihkan cache secara automatik. Clean Master boleh menganalisis status telefon dan persembahkan hasil analisis dalam laporan yang mudah difahami. Bersihkan storan daripada cache sangat membantu kerana seiring dengan masa, bilangan cache akan meningkat dan sistem akan mengambil masa yang lama untuk mengakses timbunan cache itu.

cache screenshot bundled

BUANG APLIKASI YANG TIDAK DIPERLUKAN

Setelah sekian lama menggunakan peranti, apa kata kita luangkan sedikit masa dan audit aplikasi yang telah dipasang. Besar kemungkinan terdapat aplikasi yang memiliki fungsi yang hampir serupa. Jika ada, apa salahnya buat satu dan simpan yang satu lagi? Tambahan pula, walaupun aplikasi tersebut tidak digunakan, ia tetap menggunakan kuasa pemproses di belakang tabir, ia menyumbang kepada kelembapan peranti itu. Jangan khuatir, aplikasi yang sudah dibuang boleh dipasang semula termasuklah aplikasi berbayar.

apps tray

MINIMALISKAN TELEFON

Ringkas bermakna pantas. Telefon yang ringkas lebih digemari oleh pemproses kerana ia boleh mendedikasikan kuasa pemprosesnya untuk tujuan yang lebih penting. Apa-apa perlakuan yang hanya menjurus kepada sudut estetika telefon tidak digalakkan kerana ia akan membebankan pemproses.

Contohnya, menggunakan Live Wallpaper adalah sesuatu yang lewah. Banyak kuasa pemproses dibazirkan hanya untuk menjadikan telefon nampak menarik. Selain itu penggunaan wallpaper bewarna warni memaksa setiap piksel pada paparan memancar pada warna yang berbeza dan ia juga membazirkan kuasa pemproses. Kami menggalakkan penggunaan wallpaper hitam kerana ia mesra pemproses dan menggunakan sedikit tenaga bateri untuk dihasilkan. Sambil menyelam minum air?

Satu ujian penanda aras dijalankan ke atas sebuah peranti One Plus 2  menggunakan aplikasi Geekbench 3. Parameter yang berubah adalah jenis wallpaper di skrin rerumahnya. Satu menggunakan wallpaper hitam manakala yanng satu lagi menggunakan live wallpaper. Dengan beranggapan semua parameter lain adalah malar, hasil tanda arasnya adalah seperti rajah di bawah.

wallpaper cpu benchmark guna geekbench small

LAPANGKAN RAM

Android adalah sebuah komputer kecil. Ia juga memiliki RAM sama seperti saudara besarnya. Apabila terlalu banyak aplikasi dijalankan serentak, bilangan RAM yang bebas akan berkurangan. Jika ini berlaku, sistem akan mejadi perlahan kerana terpaksa menunggu RAM dikosongkan.

Aplikasi yang berjalan tidak semesti apa yang terpapar pada skrin. Terdapat juga aplikasi yang berjalan disebalik tabir, seperti aplikasi yang memerlukan mesej ditolak masuk ke telefon sebelum dipaparkan pada bahagian notifikasi. Greenify adalah satu aplikasi yang cemerlang dalam pengurusan RAM. Ia akan mematikan apa-apa aplikasi yang berjalan secara senyap dibelakang tabir untuk membebaskan memori dan kuasa pemproses.

greenify combined

BERSIHKAN STORAN

Hari-hari kita mengambil gambar, sama ada semasa makan mahupun berhimpun dengan rakan-rakan. Sudah tentu lambat laun fail gambar akan bertimbun dalam ruang storan. Kita boleh membersihkan gambar secara manual dengan menggunakan galeri gambar, atau menggunakan aplikasi.

Gallery Doctor boleh membantu anda menyisihkan gambar yang tidak diperlukan. Ia akan menganalisis storan telefon untuk mencari gambar dan menyenaraikan gambar yang serupa atau kabur. Pengguna hanya perlu meleret ke kanan atau ke kiri untuk menyimpan atau membuangnya.

picture doctor combined

 

Apa komen anda?