Samsung Galaxy S7 edge ditambah warna baru Merah Jambu

Share Button

Samsung Galaxy S7 edge yang diminati ramai, menambah satu lagi warna di dalam keluarganya, iaitu Emas Merah Jambu (Pink Gold). Samsung Malaysia mengumumkan warna Emas Merah Jambu ini boleh mula dibeli dari hari ini, 27 Mei 2016.

Ini menjadikan Emas Merah Jambu warna keempat bagi Galaxy S7 edge, selepas dilancarkan dengan tiga warna iaitu Hitam Onyx, Emas Platinum dan Perak Titanium. Warna merah jambu ini bukanlah pertama kali diperkenalkan di peranti Samsung, kerana ia turut dipadankan bersama Galaxy Note5 sebelum ini.

Samsung Galaxy S7 edge - empat warna termasuk merah jambu

Merah Jambu adalah satu warna yang menjadi tarikan pada telefon pintar kebelakangan ini. Ia dilihat lebih menonjol bersama Galaxy S7 edge, kerana warnanya bergemerlapan dan berkilauan seolah-olah diterangi dari dalam permukaan kaca.

Gandingan Emas dan Merah Jambu ini juga menampilkan rasa elegan dan kemewahan. Selain itu, warna ini juga agak jarang terdapat di peranti lain, memberikan rasa eksklusif prmeium kepada pemiliknya.

Telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge berwarna Emas Merah Jambu ini mula dijual di Malaysia bermula hari ini, 27 Mei 2016 pada harga RM3,099 (termasuk GST). Ia boleh didapati dari Stor Samsung Malaysia serta pengedar sah Samsung.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Samsung Galaxy S7 edge Malaysia.

Samsung Galaxy S7 edge merah jambu - belakang dalam tangan Samsung Galaxy S7 edge merah jambu - butang home Samsung Galaxy S7 edge merah jambu - kamera belakang dalam tangan

Apa komen anda?